Followers MamaTisya

Friday, November 3, 2017

Promosi BBQ Buffet Dinner @ Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini memperkenalkan BBQ Buffet Dinner yang menawarkan anda pelbagai hidangan makanan laut yang segar, perapan ayam, kambing, daging lembu dan pelbagai hidangan panas.



Untuk Seafood On Ice terdapat half shell NZ green mussels, crab, oysters, prawn and black mussels. Terdapat juga hidangan makanan laut yang segar dan grilled seperti satay, ayam yakitori , sirloin steak, sosej ayam, sotong yang dipanggang, ikan yang diperap dan dibalut dengan daun pisang dan banyak lagi untuk dinikmati..







Terdapat pelbagai jenis makanan pembuka selera seperti salad, tossed mozzarella cheese, tomato & basil salad rice salad, dressing & condiments dan banyak lagi.


Akhir sekali jangan lupa, pencuci mulut antaranya coconut pudding, chocolate panna cotta, baked pineapple & caramel tart, mixes berry dan banyak lagi.



Promosi hidangan ini untuk setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 6.30 petang - 10.30 malam di Royale Songket Restoran. Harga bermula dari RM78.00 + untuk orang dewasa, RM55.00 + untuk warga emas dan RM39.00 + untuk kanak-kanak. Nikmati pelbagai pilihan Makan Malam Buffet BBQ dengan hidangan makanan laut yang segar dan beraroma. Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi 03-5511 8811 ext. 2612. 


Maklumat mengenai Royale Songket Restaurant
Royale Songket Restaurant adalah restoran utama yang terletak di tingkat bawah, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional dan tempatan serta hidangan gaya Barat. Hiasan yang diilhamkan oleh unsur sentuhan Malaysia dalam suasana kontemporari, restoran ini mampu menampung sejumlah 150 pengunjung pada satu masa. Ia juga memperoleh pengesahan rasmi sijil HALAL dari JAKIM. Beroperasi dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Maklumat mengenai Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA), sebuah hotel bertaraf antarabangsa dan pusat konvensyen yang terletak di Selangor, Malaysia telah mendapat penghargaan tertinggi Hotel Mesra Halal 7 oleh Crescentrating. Ia adalah hotel pertama yang mendapat rating tertinggi di Malaysia dan rantau ini.



1 comment:

Ana Suhana said...

Sedap semua menu-menu yang dihidangkan. Nak bawa mak g sini lah nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...