Followers MamaTisya

Monday, June 11, 2018

Nikmatilah Hari Raya Yang Sihat Bersama QUAKER OATS

Padat dengan nutrisi , oat adalah makanan yang serba boleh 
dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah !



Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia , menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan : bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

"Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa bua t seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi - nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik.

Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah , sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan. Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde - Onde Oatmeal!





Biskut Campuran Bijiran Beri Biru

 Bahan - Bahan
• 125g marjerin
• 100g gula kastor
• 1 biji telur
• 150g tepung naik sendiri
• ½ sudu teh soda penaik
• 60g beri biru kering
• ½ sudu teh garam laut
• 120g Quaker Multigrain Cereal

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.

2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.

3. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola. 

4. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang.

5. Bakar selama 15 - 18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk sejukkan. 


Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Bahan-Bahan
130g Quaker Instant Oatmeal
• 130g tepung
• 20g kelapa parut kering
•  20g serbuk santan
•  ½ sudu teh soda penaik
•   ¼ sudu teh garam
•  125g marjerin
• 30g gula perang
•  50g gula kabung (gula melaka), diparut
• 60ml minyak canola
•  1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
• Gula melaka cair (untuk hiasan)
•  Kelapa parut kering (untuk hiasan)


Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
2.  Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan
3.Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi , layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my

4 comments:

  1. makan saja CT tak lalu oat ni.. tapi dlm cookies or dengan nasi okaylah jugak. 2 pot nasi 1 pot oat. sedap jugak.

    ReplyDelete
  2. Saya memang suka quaker oat.

    ReplyDelete
  3. Oat samanada jadikan minuman atau biskut baru SA makan..kalau macam cenggitu je..erm....sabar je la..x tertelan de

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...