Followers MamaTisya

Friday, May 4, 2018

Buffet Ramadhan 2018 serendah RM 59 nett @ Bangi Golf Resort


Pertengahan April haritu berkesempatan ke BGR Annual Buffet Ramadhan Media Preview. Siapa yang ingin berbuka puasa di sini pasti tidak akan mengecewakan kerana banyak pilihan makanan yang sedap dan harga buffet serendah RM 59 nett. Buffet Ramadhan ini bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018. Nak tahu apa yang menarik lagi...jom mamatisya kongsikan.


13 keistimewaan IFTAR di BGR

Disahkan HALAL 
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebaga sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.

Nilai untuk Wang Anda! 
Terkenal kerana menghidangkan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM 59nett untuk dewasa dan RM29.50nett untuk kanak-kanak


kambing bakar



ramai peminat kambing bakar


hah sekejap dh tinggal rangka :)


Sajian Eksklusif
Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. The stesen ini, chef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta KuehTeow Goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka.



Hidangan Barat Moden 
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Untuk hidangan yang lebih tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.





Masakan Melayu dan Tradisional 
Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, chef kami akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Buffet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang kami tanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun kami. Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang kami pasti akan memenuhi citarasa anda.


Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna 
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Melengkapkan pengalaman ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda anda untuk mendapatkan tambahan kali kedua. Tidak dilupakan juga, kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru kami Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

Pelbagai Pencuci Mulut 
Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Buffet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato kami yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan akan sekali lagi disediakan.



Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Anda pasti tidak tahu mahu memilih apa dari rekaan kami seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.





Harga istimewa untuk durian! 
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24 (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.

Persembahan Secara Langsung 
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm. 

Tempat letak kereta percuma 
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu. Surau di sediakan Ruang solat yang luas buat tetamu. 

Buat baik! 
Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Suka Makan Benci Pembaziran 
Memenuhi janji kami kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatakan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



sempat juga bertegur sapa dgn Maria Tunku Sabri


sebelum balik, sempat bergambar bersama chef, rakan media , bloggers & celebrity yg hadir


terima kasih BGR kerana menjemput kami sekeluarga 
ke BGR Annual Buffet Ramadhan Media Preview
untuk tempahan berbuka puasa, sila hubungi nombor 1-700-81-8557 


Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan: 1-700-81-8557


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...