Istimewa dari Restoran Royale Songket, anda boleh menikmati masakan Negeri Matahari Terbit. Promosi Sakura Hi-Tea merupakan olahan Masakan Jepun yang bermula bulan Julai 2022 pada harga RM 150.00 untuk dua orang.
Promosi ini sah pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang. Pengunjung boleh menikmati Tempura Moriawase, Ayam Teriyaki Croissant, Wasabi Salmon Arancini, Makanan Laut Cawanmushi, Unagi Soba Noodles, Aglio e Olio, Teh Hijau Tiramisu, Buah-buahan, Sushi, Teh Ais atau Kopi Bancuh.
Dari Jepun, terbang pula ke Melaka untuk menikmati Straits Cuisine kami. Paling istimewa tentang Straits Cuisine adalah juadah peranakan.
Bagi mereka yang menggemari Masakan Nyonya, apa kata anda cuba kelazatan hidangan Tenggiri Otak-Otak, Pai Tee ‘Udang Geragau’, ‘Kapitan’ Chicken Curry, ‘Portuguese Style’ Bake Fish, Wok Fried Tiger Prawn in Nyonya Tamarind Sauce, Asparagus Sambal Belacan, Garlic Rice with Coconut Serunding, Sweet Porridge & Malay Kuih danTropical Fruits Punch.
Straits Cuisine juga boleh didapati dengan harga RM 150.00 untuk dua orang. Kedua-dua promosi ini boleh didapatkan pada bulan Julai 2022 sehingga Ogos 2022. Pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan awal.
Sakura Hi-Tea
Harga : RM150.00 bersih (2 orang)
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 2.30 petang – 6.00 petang
Tempat : Restoran Royale Songket , Aras Lobi
Straits Cuisine Set
Harga : RM150.00 (2 orang)
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 12.00 tengahari-2.00 petang (makan tengahari) dan 6.30petang-10.00 malam (makan malam)
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras Lobi
Sekali-sekala boleh gak layan ni
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteMenu-menu yang menarik!
ReplyDeleteWah, harganya berbaloi jugak kan Amy..
ReplyDeletewah, nampak sedap. Nasib baik jauh dari tempat saya hihi.
ReplyDelete