Followers MamaTisya

Thursday, May 18, 2023

Tabung Haji perkenal e-Bimbingan Haji, tambah baik aplikasi mudahkan jemaah

 

Pengarah Operasi Teknologi Maklumat bagi Musim Haji 1444H/2023M, Shahidan Ishak, 
melihat proses kerja petugas pasukan IT di Abraj Al-Janadriyah. - Foto NSTP/SYUHADA CHOO ABDULLAH

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan aplikasi e-Bimbingan Haji, tahun ini, sebagai pendekatan baharu bagi membantu jemaah membuat rujukan serta mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan ibadah berkenaan. 

Pengarah Operasi Teknologi Maklumat bagi Musim Haji 1444H/2023M, Shahidan Ishak, berkata inisiatif itu memboleh dan memudahkan jemaah haji merujuk modul bimbingan dimuatkan dalam aplikasi terbabit, sama ada sebelum berlepas mahupun ketika berada di Tanah Suci.

"Ia adalah antara inisiatif Jabatan Haji TH yang bukan saja amat memudahkan jemaah haji tetapi juga memudahkan tindakan mengemas kini maklumat berkaitan ibadah itu.

"Saya mengesyorkan bakal jemaah haji di tanah air serta mereka yang berada di Tanah Suci nanti, supaya menggunakan sepenuhnya aplikasi ini. Ia memberi banyak manfaat sebagai panduan lengkap ibadah ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat operasi haji Malaysia di bangunan Abraj Al-Janadriyah, di sini, lewat petang waktu tempatan semalam.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang TH, e-Bimbingan Haji adalah satu sistem pengurusan pembelajaran digital yang dibangun bagi menyediakan platfom khusus untuk bakal jemaah haji tahun semasa, Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA), petugas haji serta pengguna umum yang bakal menunaikan haji atau umrah. Sistem itu membantu pengguna mempelajari ilmu berkaitan haji, dengan lebih mudah secara dalam talian.

Antara perkhidmatan ditawarkan dalam e-Bimbingan Haji ialah Kursus Asas, Intensif dan Perdana Haji; Kursus Tauliah Haji dan Umrah; Kursus Teras Petugas Haji dan Program Pengukuhan Petugas Haji Tanah Suci, mengikut kumpulan penggunanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, pasukan teknologi maklumat (IT) bagi operasi haji tahun ini melakukan penambahbaikan utama, termasuk pada beberapa aplikasi penting, antaranya sistem khidmat pelanggan yang meliputi sistem aduan dan Sistem 'Hajj Mobility'.

Beliau berkata, aplikasi Sistem 'Hajj Mobility' yang diperkenalkan pada tahun lalu, ditambah baik secara berterusan, termasuk dari segi modul bagasi bagi musim haji kali ini, malah kini boleh turut diakses Sistem Operasi iPhone (IOS) berbanding hanya android sebelum ini.

"Penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas diperoleh daripada operasi haji sebelum ini," katanya.

Beliau mengesyorkan jemaah haji supaya membuat persediaan awal, dengan memuat turun pelbagai aplikasi penting berkenaan yang boleh memudahkan mereka dalam menjalani ibadah di Tanah Suci.

"Jika aplikasi itu tidak digunakan sepenuhnya oleh jemaah haji, ia agak merugikan. Kita menerima maklum balas yang baik daripada jemaah bahawa aplikasi disediakan itu sangat membantu mereka dalam melakukan ibadah dan menjalani aktiviti di Tanah Suci," katanya.

Ditanya kemungkinan ada jemaah haji terutama dalam kalangan warga emas yang kurang mahir menggunakan aplikasi terbabit, Shahidan menjelaskan, kemudahan disediakan itu sangat mesra pengguna.

"Antara aplikasi awal diperkenalkan TH ialah THiJARI. Sistem ini amat mudah digunakan, seperti untuk membuat semakan tawaran haji, rayuan haji dan sebagainya. Pada zaman sekarang, penggunaan sistem teknologi ialah antara keperluan penting untuk rujukan dan membantu proses yang diperlukan.

"Saya melihat perkara ini tidak menjadi masalah kerana sistem yang kita sediakan adalah untuk pelbagai peringkat umur pengguna," katanya.

Bagaimanapun, Shahidan berkata, semua petugas operasi haji tetap berperanan membantu jemaah yang memerlukan rujukan dalam penggunaan teknologi itu.

Beliau berkata, TH juga menyediakan pejabat maktab di setiap bangunan penginapan jemaah haji, selain khidmat pelanggan untuk kemudahan jemaah jika ada sebarang pertanyaan atau aduan.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



anak buahku tak sbr tgu Dedi dia live kt Buletin Utama smlm

sbb TV tk ok so maklong bagi link soh tgk online kt laptop



ni aku sempat snap smlm time adik ipar live kt Buletin Utama



adik aku share gmbr last friday !2 Mei sebelum ke airport
yg si kecik tu 1st time kena tinggal lama, dia ingat Dedi pi work mcm biasa je
biasa musim haji dlm 3bln juga la adik ipar bertugas di Tanah Suci



dh lama adik ipar tk bertugas musim haji di Mekah since PKP
kalau tk, tiap2 tahun bertugas kt sana...so thn ni kembali bertugas setelah sekian lama 
tk silap 2019 dia last bertugas kt Mekah lps tu PKP 
smoga dipermudahkan segala urusan adik ipar & team tabung haji
serta semua jemaah yang akan berlepas penerbangan pertama 21 mei 2023 nanti




7 comments:

  1. bestnya dpt peluang bertugas kat sana tu

    ReplyDelete
  2. ehhh masuk ke tak i komen td...tenet mcm siput la plak ni hahhaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Aplikasi e bimbingan haji banyak membantu bakal2 haji

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, sekrg ni zaman internet, zaman IT, mudah utk bakal2 haji dpt maklumat yg betul..syabas TH...seronok dpt bertugas di Mekah/Madinah...

    ReplyDelete
  5. Bertugas sambil ambil peluang buat ibadah khusus.

    ReplyDelete
  6. seronoknya ye. tp ada sedihnya. berjauhan dlm waktu yg lama gak tu. demi tugas ye.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah zaman teknologi ni elok dipermudahkan kan,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...