Korang yg slalu drop-off or pick-up org dkt KLIA
skarang dh ada palang...10 minit je percuma tau
lebih dr had limit tu kena caj...maximum rm 100
biasa kt sini kn jammed byk kete dok menunggu tepi2 tu
so skarang depa buat sistem baru ni nk elakkan jammed la
Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) dh bermula 1 Dec 2025 aritu
di KLIA Terminal 1 (Aras 5 & 3) dan Terminal 2 (Aras 3 & 2).
ni kelmarin pick-up MIL baru balik bercuti..mlm clear la tkde jammed sgt
time drop-off aritu husband aku ckp jammed juga tp tkde la lebih 10 minit
aritu tgk ada org share kt tiktok kena caj rm 100 sbb lebih 30 minit
mmg sah2 la dh lebih pd had limit yg diberikan
kalo drop-off je bkn lama mana sgt pn
pembayaran boleh dibuat menggunakan Touch ‘n Go, kad kredit atau MyDebit
dkt palang nk keluar tu ada guard incase ada problem kan
Selepas tempoh 10 minit, berikut adalah caj penalti yang dikenakan kepada pengguna –
1. 10:01–15:00 minit = RM10
2. 15:01–20:00 = RM30
3. 20:01–25:00 = RM60
4. 25:01–30:00 = RM100
elokla ada Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS)
tkde la org parking menunggu tepi2 tu
MIL mmg slalu juga travel dgn geng2 org pencen...syok kan
aku pn nk ikut jejak la nanti bila dh bersara :)

Bagus la ada denda mcm ni dkt tmpt drop off...
ReplyDelete