Followers MamaTisya

Wednesday, May 31, 2017

Buffet Ramadhan 2017 @ Restoran Nelayan Gombak


2 hari sebelum berpuasa aritu, dpt jemputan ke Preview Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa sebuah restoran terapung yang terkenal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sejak 80 an. Restoran ini telah berpindah ke Gombak Utara pada tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu dan menggunakan nama Restoran Nelayan Titiwngsa@Gombak.




Restoran Nelayan Gombak kini telah diambil alih oleh Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd dan mula menguruskan restoran ini sejak Jun 2016 dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada yang masih menyangka bahawa restoran ni masih lagi beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa. Oleh yang demikian, Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd dibenarkan menggunakan nama Restoran Nelayan Gombak bagi menggelakkan kekeliruan kepada pelanggan.


Untuk promosi buffet ramadhan 2017 ini, Restoan nelayan Gombak kini menyediakan sajian istimewa dan lebih banyak pilihan untuk pelanggan. Malah harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan . Antara menu yang disajikan adalah steamboat dan grill, kambing, ayam, daging dengan 4 jenis perapan istimewa.


Menu masakan kampung bertemakan "Sajian Warisan Selera Kita" pula lebih daripada 15 jenis menu untuk memberikan banyak pilihan kepada pelanggan.


Masak Lives ( Hidang Terus Dari Dalam Kuali)
Daging Gulai Kawah Tanjung &
Daging Salai Masak Nasi Lemak Seremban



Pilihan air sejuk & panas : Teh Tarik Special, Cendol,
Beraneka Minuman Kordial & Coffee and Tea







Terdapat juga stall pilihan yang menghidangkan pelbagai jenis kuih tradisional, rojak buah, bubur, laksa, kuehtiaw sup, roti jala magic kerana menggunakan tepung magic dan macam-macam lagi.





Restoran Nelayan Gombak juga mempunyai Dewan besar dan sangat sesuai kepada mereka untuk mengadakan majlis perkahwinan, graduasi dan event keluarga di sini serta dapat menampung hingga 1500 orang.


surau juga disediakan untuk solat maghrib, isyak seterusnya berterawih


sangat mudah...restoran ni tepi jln je...guna waze pasti jumpa
kiranya area berdekatan UIA Gombak


Lokasi : Restoran Nelayan@Gombak,

Batu 8 3/4, Jalan Gombak, 53000, Kuala Lumpur.


Harga serendah RM 49.90 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak antara 5-11 tahun serta warga emas berumur 61tahun keatas potongan diskaun sebanyak 50%. kanak-kanak di bawah 4thn  adalah percuma.

Untuk tempahan sila hubungi : 03-6185 8400 / 013-223 7228 / 013-296 7228

Boleh juga layari juga Facebook: Restoran Nelayan Gombak & Instagram: @restorannelayangombak

5 comments:

idzwa kamaruddin said...

tak puas makan haritu .. :(

lieyalatif said...

mmg semua nampak sedap...harga pun pada lieya mmg sgt2 mampu nieh...ye laa harga buffet skrang tecekik2 tgk ..ade yg cecah ratus hah....kalo jenis mkn byk mmg berbaloi la kan....tapi yg ni hokey sgt2 harganyer....

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

amboii meriah betul menu nya.! harga pun mampu... mmg berbaloi n puas hati =)

Mama Zharfan said...

nmpk sedapppp tp tak berapa nak ada bajet laa sbb kalau me hubby and kids pun dh RM180 utk pegi iftar kat sini

Julia Johari said...

Murah! harga mcm BGR...dekat pun dekat...leh terjah la belanja mama abah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...