Followers MamaTisya

Monday, May 29, 2017

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pihak Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah Bagi Penyerahan Sumbangan 60,000 Pasang Baju Raya



YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi kira-kira 60, 000 pengundi di Parlimen Tanah Merah sudah tentu lebih ceria apabila bakal menerima baju raya percuma. YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa nanti. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.


Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.

Sumbangan baju raya ini khasnya kepada mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi di Tanah Merah sehingga Mac 2017. Penebusan baju raya adalah bermula dari 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal 2017 dan secara automatik melayakkan pengundi untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan.



Sumbangan baju raya ini berupa baju melayu (lelaki melayu)


baju kurung (perempuan melayu)


 baju kemeja (lelaki bukan muslim) dan kain (perempuan bukan muslim).

Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

INGAT RAYA..INGAT JAKEL...JOM SHOPPING DI JAKEL !


3 comments:

  1. hurmmmm.. hadiah buat pengundi?

    ReplyDelete
  2. jom....hehehhe tulah nk tgk jgk bj melayu jakel tu utk arjuna2 kat rumah sy tu...ehhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...