Followers MamaTisya

Wednesday, August 23, 2017

Tambahkan Pengambilan Serat dan Protein Dengan Ayam Brand™ Kacang Panggang


Bagaimana keadaan kesihatan penghadaman dan usus anda? Tahukah anda serat memainkan peranan penting dalam memperkasakan kesihatan usus dan membantu penghadaman? Adakah anda mendapat serat yang secukupnya dalam diet anda?

Menurut Laporan Saranan Pengambilan Nutrisi Untuk Malaysia 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, orang dewasa di Malaysia sepatutnya mengambil 20-30g serat sehari. Walaubagaimanapun, data tempatan menunjukkan, secara purata, diet harian penduduk bandar di Malaysia hanya mengandungi 13-16g serat.

Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi sumber serat utama diet harian, kekacang juga adalah sumber serat yang baik. Antara yang boleh dijadikan pilihan ialah kacang panggang dalam tin yang boleh dimakan terus menjadikannya satu sumber serat yang mudah diambil dan lazat. 

Ayam Brand™ dikenali dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG, menyihatkan serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama 125 tahun.

Ayam Brand™ Kacang Panggang boleh membantu anda mendapatkan bekalan serat yang diperlukan. Ia melengkapkan diet sihat anda memandangkan ia merupakan sumber serat yang baik


Terdapat tiga varian produk ini yang mempunyai rasa dan keperluan diet yang berbeza iaitu Ayam Brand™ Kacang Panggang Asli, Ayam Brand™ Kacang Panggang Keju dan Ayam Brand ™ Kacang Panggang Ringan yang mengandungi 3.9g hingga 4.51g serat yang diperlukan dalam setiap 100g produk-produk berkenaan.


Sebab Mengapa Anda Perlu Menambah Kacang Panggang Dalam Diet

Kacang panggang dapat membantu anda mengatasi kelaparan dengan lebih lama kerana ia mengenyangkan selain mengawal kadar gula dalam badan serta memberikam anda tenaga sepanjang hari sekaligus mengurang kebergantungan terhadap makanan manis. 

Kacang panggang mengandungi protein yang boleh menjadikan kuku dan rambut lebih sihat di samping membantu memperbaiki tisu-tisu rosak. Lycopene yang terkandung dalam sos tomatonya merupakan antioksidan yang membantu mencegah barah prostat, paru-paru dan perut. Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium, tembaga yang merupakan antioksidan berkesan dalam melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas. 

Diet yang telah dibuktikan secara klinikal menyumbang kepada kesihatan seperti Diet DASH (Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hypertensi) dan pendekatan diet Mediterranean dilihat turut menambah lebih banyak kekacang seperti kacang panggag dalam diet harian masing-masing. Anda juga boleh menerapkan diet yang lebih sihat dengan mengurangakan pengambilan daging dan menggantikannya dengan protein tumbuhan. 

Ayam Brand™ memilih untuk produknya kacang-kacang haricot utara terbaik yang lebih besar dari Amerika Syarikat bagi memastikan keseragaman dalam kualiti dan rasa. Kacang-kacang ini akan dimasak dengan sempurna bagi memelihara bentuknya dan lembut supaya boleh dimakan terus dari tin.

Kacang Panggang Ayam Brand™ datang dalam dua saiz iaitu saiz keluarga 425g dan saiz 230g. Pilihlah daripada kacang panggang dalam sos tomato; sos tomato bersama keju parmesan untuk rasa yang lebih berkrim atau Ayam Brand ™ Kacang Panggang Ringan yang mempunyai rasa yang sama tetapi diadunkan dengan 54% pengurangan gula dan 28% pengurangan garam.

Tips untuk menerapkan kacang panggang dalam kehidupan seharian; Elakkan makan daging sekurang-kurangnya sehari seminggu dan gantikannya dengan kacang panggang atau protein tumbuhan yang lain bagi meningkatkan pengambilan nutien dan dalam masa sama mengurangkan pengeluaran karbon. Jika anda tidak biasa berbuat demikian, tambahkan sedikit jus lemon kerana ia menambahkan rasa dan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dan zink dalam kacang panggang!

Cadangan Hidangan

Anda boleh makan Ayam Brand™ Kacang Panggang terus dari tinnya atau untuk rasa yang berlainan, cubalah Baked Beans & Scrambled Egg atau Baked Beans Toast yang berkeju agar pagi anda lebih ceria dan hebat. Tips ringkas: Cuba gantikan roti putih dengan roti berserat tinggi sebagai pilihan yang lebih menyihatkan. 

Untuk hidangan yang lebih enak, cubabalh gabungkan Sausage & Baked Beans. Baked Beans Tacos yang diilhamkan dari Mexico pula akan membuatkan deria rasa anda lebih terangsang. Untuk citarasa Itali, cubalah bereksperimen dengan Penne Baked Beans Bolognese. 

Ayam Brand™ Kacang Panggang boleh didapati di seluruh negara dan harga jualan yang dicadangkan RM2.12 bagi tin 230g dan RM3.29 bagi tin 425g.

Untuk mendapatkan resipi-resipi ini bole layari http://www.ayambrand.com.my/recipe atau di Facebook di pautan https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes dan terokai lebih banyak cara untuk menikmati kacang panggang! 





simple breakfast ~ kacang panggang keju bersama telur...mudah disediakan
kacang panggang tu kalau nk terus mkn dr tin pn ok tp nk panaskan dulu pn ok

4 comments:

  1. kacang panggang tu mmg feveret i...tapi laki i pulak geli tengok...ntah apa2 dia tu...padahal sedap kot...

    ReplyDelete
  2. sy plak xsuka kacang tu...kurang gemar gitu

    ReplyDelete
  3. sedap kacang panggang tu,as usual kan,selalunya orang akan ambil di waktu pagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...