Kalau ke Pulau Langkawi , tidak kira anda bercuti bersama keluarga,rakan-rakan atau seorang diri, pasti ada penginapan yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda. Dua lokasi yang menjadi tumpuan pelancong apabila memilih tempat penginapan di Langkawi adalah Pekan Kuah dan Pantai Cenang.
Malibest Resort, Langkawi
Terletak di Pantai Cenang, lokasi tumpuan pengunjung kerana berdekatan dengan pantai yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti di sekitar pantai. Tempat makan pun banyak di kawasan sekitarnya.
damainya bila dapat tengok permandangan sebegini...tenang seketika dari kesibukan kota
terdapat beberapa jenis bilik di Malibest Resort
boleh pilih ikut kesesuaian anda samada Tree House, Super Deluxe Chalet, Deluxe Wooden,
Deluxe Bricks, Deluxe Family, Family Room, Standard Bricks
boleh pilih ikut kesesuaian anda samada Tree House, Super Deluxe Chalet, Deluxe Wooden,
Deluxe Bricks, Deluxe Family, Family Room, Standard Bricks
Deluxe bricks
Deluxe family room
Super deluxe chalet
Superior twin room
kolam renang juga disediakan..ada papan gelongsor juga
sangat cantik permandangannya
menikmati keindahan pantai dan alam semulajadi yang berhadapan dengan Malibest Resort
Nak harga murah, jom tengok melalui Traveloka ~ Malibest Resort Deals and Promotions
Boleh pilih bilik mengikut kesesuaian anda. Senang dan mudah kalau menginap di Malibest Resort kerana berdekatan dengan tempat makan dan tempat menarik untuk dilawati .
Tempat Menarik Untuk Di Lawati dan Aktiviti Yang Boleh Di Lakukan Ketika Anda Ke Pulau Langkawi
Terdapat pelbagai aktiviti di langkawi yang anda boleh dilakukan untuk mengisi masa anda disana nanti seperti melawat tempat menarik di Langkawi dan juga shopping di Pekan Kuah, Langkawi.
Pulau Langkawi terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi juga merupakan salah sebuah tempat percutian menarik di Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan, keindahan alam semulajadi seperti gunung, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga peringkat antarabangsa.
1. Dataran Helang
Di sini anda berpeluang melihat patung helang gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.
2. Kereta Kabel Langkawi & Sky Bridge Langkawi
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam dan juga merupakan yang terpanjang di dunia.Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 713 meter .
3. Makam Mahsuri
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam. Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.
4. Air Terjun Telaga Tujuh
Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.
5. Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.
6. Muzium 3D Langkawi
Terdapat banyak lukisan murah yang seakan "hidup" dan para pengunjung boleh bergambar di sini yang kelihatan "Real" .
7. Pantai Cenang
Pantai yang menjadi tumpuan pengunjung dan popular di Langkawi. Di sini juga terdapat banyak penginapan bajet dan juga eklusif . Kawasan Pantai Cenang menjadi tumpuan ketika musim cuti sekolah kerana banyak aktiviti air dan tempat makan sekitar pantai.
8. Galeria Perdana
Di sini dipamerkan dengan pelbagai jenis hadiah , anugerah dan cenderahati yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara ketika pemerintahan Tun Mahathir dabadikan di galeria ataupun muzium ini di mana para pengunjung dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang terceta pada pemberian tersebut.
9. Idaman Suri & Haji Ismail Group
Syurga tempat membeli belah idaman kaum wanita terutama bab pinggan mangkuk, coklat dan macam-macam lagi
10. Island Hopping
Biasanya aktiviti ini terdapat beberapa pakej disediakan, anda boleh pilih ke mana destinasi yang ingin dilawati. kebiasaanya tempat yang dibawa adalah Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dengan menaiki bot laju.
Tak sabar nak bercuti lagi ke Pulau Langkawi dengan membuat tempahan melalui TRAVELOKA.
PC belum pernah ke PL...teringin juga...insyaAllah nak pergi bawa family...
ReplyDeleteLangkawi! Pantai cemane is the best place la nak stay. Pantai. Pool. Shopping. Makan2. Walking distance aje. Aida lom pernah stay cenang, Amy. Before stay town. Dok plan nak ke langkawi, lom dpt time sesuai. Izzat pon da besar ha ha ha :)
ReplyDeletethanks for sharing this. hotel looks big the room wanna go with family next time
ReplyDeleteSudah lama I tak pergi Pulau Langkawi. The place is beautiful and planning to travel through Traveloka too for our next trip
ReplyDeleteKita tak pernah dengar Malibest Resort ni.Kalau tau dulu dah ke sini.Kolam semua ada,bilik pun cantik Dan selesa.Bagus untuk bawa family ke sini..
ReplyDeleteLama dah tak pi langkawi..next time kalau pi memang ingat nak stay kt malibest ni ja..sebab btul2 tepi pntau kan
ReplyDeleteSaya... Belum pernah ke Langkawi lagi. Banyak tempat-tempat menarik dekat langkawi. Mampu baca jer lah. TEringin jugak nak pergi.
ReplyDeleteTampak sangat mewah ye hotel malibest yg mamatisya menginap! Berapa tu satu malam? Kena checkout traveloka ni. Langkawi ni mmg tak pernah bosan utk dikunjungi walau dah beribu kali pergi, antaranya souvenir choc yg mesti bwk balik heheh
ReplyDeleteKena duduk Deluxe Family Room la kalau kami 3 beranak. Tak pernah dengar lagi nama hotel ni kat Langkawi. Wahhh ada suggestin tempat2 menarik ni.....
ReplyDelete***suggestion
DeleteWah..dah lama tak pegi sini..dgr dr blog ni byk dah resort baru and byk tempat nak pegi..tambah2 lagi duty tax free kan..mmg suka la borong pinggan mangkuk kat sana lol
ReplyDeletemmg best cuti Langkawi ni....cam nk p lg la..
ReplyDeletewah bestnya kalau dpt jejalan ke langkawi..cik tom tak pernah lagi ke langkawi..dulu plan asyik tak jadi je..bila entah nak perginya..maybe tunggu anak besar sikit kot..
ReplyDeleteSeronoknya...kawan SA pun cakap kat Malibest ni seronok..eh..nak masukkan dalam wishlist la..nak pi berdua ngan anak dara..3 hari cukup tak?
ReplyDeleteAlahai cantiknya resort malibest tu kak. View pulak cantik sangat. Lamanya tak ke langkawi.boleh lah plan stay kat sini nanti.
ReplyDeleteCantiknya gambar2 nya. Guna kamera apa nie yer ?
ReplyDeleteLama dh x dtg langkawi. Mesti banyak perubahan sekarang kan. Selalu bil dtg langkawi mesti ada je benda baru
next trip langkawi boleh menginap kat sini
ReplyDeletebestnya, menarik tempat ni. Kalau ikutkan hari tu Del nak pergi sana da. da siap nk book ticket tpi xde rezki. #done follow akak
ReplyDeleteSerius kak memang cantik view kat sini. Lepas nih pergi Langkawi bolehlah check in sini pula. Dah hatuh hati tengok view kat sini.,tenang jer
ReplyDeletecantik juga pantai di langkawi. patut la ramai yg nak ke sana
ReplyDeleteBestkan cuti-cuti kat Langkawi tp kak belum pernah penginap di hotel tepi laut
ReplyDeleteso far tak pernah lagi stay sini . menariknya tengok resort ni. jejalan langkawi dah pusing semua tempat jejehe sampai muak pulak nak dtg langkawi hehehe btw kalau book kat traveloka mmg lagi murah. sama juga kalau book flight tiket. ehehhe.
ReplyDeletenak bagitahu ni selama hidup 28 tahun masih belum lagi jejak kaki ke langkawi tau. oh sedeh tapi kita masih ada kredit traveloka haritu masih belum pakai... nanti nak tempah la cuma nak pergi travel tempat yang rasa berbaloi nak guna hihihihihi
ReplyDeleteCantik jugak Malibest Langkawi tu MT.... Sebuta dah macam ala ala Maldives dah hahaa...
ReplyDeleteLama tak ke langkawi dah
kita pernah jugak menginap kt Malibes hotel tu memg best, skank dah makin byk bangunan baru dkt hotel tu.
ReplyDeleteAda dobi berdekatan x?
ReplyDeleteAda dobi berdekatan x?
ReplyDelete