Followers MamaTisya

Friday, January 16, 2015

Bayaran buat pasport diturunkan kepada RM200 utk tempoh 5tahun

smlm terbaca info ni...so saper2 yg suka travel sure happy dgr berita baik ni 
sbb kos utk wat passport hanya rm 200 utk 5thn berkuatkuasa smlm...sebelum ni rm 300
utk kanak2 plak rm 100 sebelum ni rm 150
apa lg moh renew passport :)


 aku punya pn dh nk expired apr 2015...last renew time pi holiday Korea...

nk bc entry utk renew passport klik




KUALA LUMPUR: Kadar bayaran membuat atau memperbaharui pasport untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia dikurangkan kepada RM200 daripada RM300 berkuatkuasa hari ini.

Manakala, bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, jemaah haji dan pelajar di bawah 21 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal RM150.

Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) pula, golongan berkenaan tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan berkenaan.


Notis arahan terbaharu itu ditampal di luar pejabat Imigresen, hari ini.

Sehubungan itu, dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh dua tahun tidak lagi ditawarkan kepada umum.




ni passport 3 beranak time pi holiday London dlu


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...