Olay
Total Effects 7-in-1 Anti-Ageing Day Cream menawarkan penyelesaian kepada
tanda-tanda penuaan berikutan peningkatan tekanan dalam dunia hari ini - kurang
tidur, meningkatkan penggunaan gula & peningkatan pencemaran
.
Pelembap muka harian yang menyediakan 7 manfaat anti penuaan dalam 1
formula untuk kulit kelihatan lebih muda yang kelihatan lebih berdaya
tahan kepada penuaan, melembapkan untuk menegangkan kulit dan mengurangkan
penampilan kedutan halus ditambah dengan SPF 15 untuk membantu melindungi
daripada pendedahan cahaya matahari. Elakkan sentuhan dengan mata.
Kelebihan Olay Total Effects 7-in-1 Anti-Ageing Day Cream
- Ia telah dirumus khas untuk
membantu untuk melawan 7 tanda-tanda penuaan
- Memberikan kulit kelihatan
lebih muda
- Mengurangkan bintik-bintik
hitam
- Memberi wajah muka kelihatan
berseri & kulit bercahaya
- Mengurangkan garis-garis &
kedutan
- Memberikan kulit yang lembut
& licin
- Mengurangkan saiz pori-pori
- Diperkayakan dengan SPF 15 yang
menghalang kulit anda daripada kesan berbahaya penuaan. Ini adalah sesuai
khususnya untuk gaya hidup yang sibuk yang memerlukan anda untuk
menghabiskan masa di luar di bawah matahari
Cara menggunakannya :
Picit sedikit dan sapukan ke muka dan leher dua kali sehari. Selepas memakai
krim, kulit muka terasa anjal, berseri dan kelihatan bercahaya. Walaupun berada
di luar rumah dengan keadaan cuaca yang panas dan akan berpeluh tetapi kulit
muka masih maintain dan tak perlu risau kerana anda akan sentiasa kelihatan
berseri dan cantik J
Saya bukan jenis suka
bermakeup, pergi kerja hanya pakai bedak compact dan sedikit gincu. . Bukan
semua produk sesuai dengan kulit saya , kerana sesetengah produk akan membuatkan
kulit muka dipenuhi jerawat jika tidak sesuai cara penggunaan krim tersebut,
itu yang akan menghantui si pemakainya tetapi setelah mencuba Olay Total Effect
7, saya nampak kelainan pada kulit muka
saya iaitu tidak kering lagi, kulit lembab dan bersinar. Tidak perlu memakai
bedak, hanya sapu krim ini sahaja. Kemudian saya cuma calitkan sedikit gincu.
Harga yang berpatutan,
mudah untuk digunakan dan di bawa ke mana-mana dan yang paling penting ialah ia
sesuai digunakan pada kulit saya. Boleh dibeli di Watsons dan Guardian yang
tengah mengadakan promosi sepanjang bulan Disember ini.
kite pengguna tegar oil of olay..sejak dari remaja2 lagi..tp skang nie dh pregnant mcm malas nak tepek ape2 lagi dh..hehehe..pas pantang nnt baru nak start balik..
ReplyDeletebestkan...ayu suka sgt produk ni
ReplyDeletePatutlah muka MT cantik jer..
ReplyDeleteIni rahsianya .. cantik berseri
nanti nak try lah..macam best jek!
ReplyDeleteDah lama tggl produk ni..sbb kurang muhasabah..tp bila tgk yg anti kedut ni mcm nk cubala
ReplyDeletewah nampak glowing la muka akak..
ReplyDeletewah, nmpk glowing lah mama tisya..
ReplyDelete