Followers MamaTisya

Friday, December 16, 2016

Membayar Zakat melalui Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam. Ianya diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan.





Pusat Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, khususnya di Wilayah Persekutuan manakala Agihan pula oleh pihak Baitulmal-MAIWP.

PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat harta hanya di 3 kawasan iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan.



AKTIVITI PPZ-MAIWP DI DALAM MENYEBARKAN DAKWAH KEWAJIPAN BERZAKAT KEPADA MASYARAKAT

Inisiatif bagi menyebarkan tanggungjawab berzakat kepada masyarakat telah dipergiatkan dan dipelbagaikan oleh pihak PPZ-MAIWP. Antaranya :

a) Program turun padang mengadakan program di sekolah-sekolah, unversiti, pasar malam, pusat membeli-belah, pejabat-pejabat dan masjid-masjid bagi bertemu setiap lapisan masyarakat yang terdiri dari pelajar hinggalah orang yang dah pencen.


b) Penggunaan medium masa kini – media baru, media elektronik, media cetak.

PERMASALAHAN YANG BIASA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Keadaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutamanya sangat sinonim dengan keadaan sesak membuatkan aktiviti dan perancangan kadangkala terbatas dan sukar untuk mengikut perancangan seperti yang telah disusun.

Begitu juga dengan tanggungjawab berzakat. Terdapat beberapa permasalahan mengapa masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan memilih untuk tidak menunaikan tanggungjawab berzakat mereka :
  • Kesesakan lalulintas
  • Masalah parkir
  • Kesibukan di pejabat
  • Tiada masa / tidak dibenarkan untuk ke kaunter zakat pada waktu pejabat
  • Habis waktu kerja , kaunter zakat juga tutup

KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT YANG DISEDIAKAN OLEH PPZ-MAIWP

Disebabkan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat hingga membuatkan mereka tidak menunaikan zakat atau mengambil jalan ‘nanti’, PPZ-MAIWP terus mengambil inisiatif bagi memudahkan untuk mereka menunaikan tanggungjawab berzakat. Antara kemudahannya:

1. Pembayaran melalui portal www.zakat.com.my – 24 jam 7 hari seminggu. Boleh membuat pembayaran dimana sahaja dan bila-bila masa


2. Pembayaran melalui Perbankan Internet – Antara bank yang boleh digunakan untuk membuat transaksi pembayaran zakat adalah seperti berikut:



3. Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP  - Sesuai dengan ‘tagline’, “Kami Bersedia Ke Tempat Anda”. Hubungi 1 300 88 5757 untuk menempah van ini untuk berada di syarikat-syarikat, badan kerajaan, majlis, program dan sebagainya. Terdapat 7 lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak :


C:\Users\amiro\Downloads\Iklan Poster Kaunter Bergerak Zakat OL-01 (1).jpg

Kaunter ini dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN. Pembayaran pula boleh dengan menggunakan TUNAI, KAD KREDIT ISLAMIK, KAD DEBIT dan CEK. Selain itu juga, Kaunter Zakat Bergerak ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 dan ke atas.


Menariknya bagi mereka yang tetap ingin melaksanakan kewajipan itu di kaunter PPZ-MAIWP tetapi tidak berkesempatan, PPZ-MAIWP mewujudkan Kaunter Zakat Bergerak yang menggunakan van. Ia adalah satu alternatif baharu kepada kaunter statik sedia ada untuk mendekati masyarakat di kawasan tumpuan ramai.


Di situ, pembayar zakat boleh menjalankan kewajipan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat akan tanggungjawab itu. Syarikat swasta mahupun agensi kerajaan juga diwar-warkan untuk menggunakan perkhidmatan ini di premis mereka dan tiada sebarang pembayaran dikenakan.



"Tiada alasan untuk tidak membayar zakat 
ketika bertemu Sang Pencipta kerana segala kemudahan telahpun  tersedia"




HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:


  • Menunjukkan kepatuhan kepada Rukun Islam Yang ke-3
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. 
  • Membersihkan diri pembayar zakat dari sifat tamak haloba
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. 
  • Melahirkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada. 
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. 
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. 
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT. 
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

SERUAN

  • Masih ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak perlu menunaikan zakat.
  • Perlu semak terlebih dahulu segala bentuk pendapatan, perniagaan yang ada dan rujuk kepada pegawai-pegawai zakat. Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, rujuk dengan PPZ-MAIWP.
  • Jangan sekadar main agak-agak, kena zakat atau tidak. Rujuk, semak dan kira terlebih dahulu.
  • Kepada yang WAJIB mengeluarkan zakat tetapi masih belum menunaikan zakat, lakukan dengan segera. Disarankan bayar zakat pada tahun ini untuk mendapat pelepasan cukai pada tahun yang sama.
  • Tunai zakat pada institusi yang dilantik. Asnaf sama ada individu, keluarga dan anak-anak akan mendapat lebih manfaat. Rujuk http://www.maiwp.gov.my untuk berita dan maklumat agihan

Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran zakat sila hubungi
Talian Zakat 1- 300 - 88 – 5757

"Membayar zakat membawa berkat"



Jom sertai Kempen Skim Thohir yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2016 
Skim Thohir merupakan  Skim Potongan Gaji Zakat yg disediakan oleh PPZ-MAIWP
pelbagai hadiah menarik menanti anda!!!
JOM SERTAI KEMPEN INI..!
untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.zakat.com.my/





3 comments:

  1. Alhamdulillah lebih mudah la nk bayar zakat kan..😉

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah ada macam macam cara yang boleh digunakan untuk bayar zakat. Lebih mudah dan menyenangkan 😊

    ReplyDelete
  3. senang kan lau mcm ni
    lau lah bank2 buat mcm ni utk tukar kad tu kan senang hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...