Masakan Cina adalah satu bahagian penting dalam budaya Cina, termasuk masakan yang berasal dari pelbagai rantau China, dan juga dari orang-orang Cina di bahagian-bahagian lain di dunia. Ho Chiak adalah dialek Hokkien bermaksud makanan yang bagus dan lazat. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan makanan yang lazat di restoran atau mana-mana kedai makan.
Oleh itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam kini menawarkan promosi istimewa mewah iaitu Promosi Ho Ho Chiak untuk tetamu bagi membolehkan mereka mempunyai lebih banyak pilihan makanan dengan harga yang berpatutan di dalam suasana hotel 5-bintang.
Promosi Ho Ho Chiak disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick Ng dan disajikan setiap hari untuk makan tengah hari dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Promosi Ho Ho Chiak disediakan untuk minimum 2 orang, yang berharga RM57.00 + seorang dan disertakan dengan 10 jenis dimsum stim dan goreng, 4 jenis claypots dan pencuci mulut.
Chicken Dumpling, Fresh Prawn Crystal Dumpling, Golden Ocean Leaf Dumpling, Phoenix Eye Dumpling, Steam Seafood Dumpling with Crab Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Yam Ball, Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Pan Fried Shanghai Gua Tie.
Steam Glutinous Rice with Chicken and Mushroom (Loh Mai Kai)
4 pilihan menu claypot ~ Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet, Braised Sliced Top Shell Abalone with Seasonal Vegetable, Baked Cheese Prawn with Mantao and Fried Rice with Crab Meat.
Chilled Longan with Sea Coconut
sedap2 belaka..yummmm...
TQ Grand BlueWave Hotel Shah Alam utk jemputan media ini
Restaurant Tung Yuen terletak di tingkat 1 , Grand BlueWave Hotel Shah Alam.Restoran ini telah mendapat pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009 .
sedapnya dan banyak pilihan menu yg ada nyummy
ReplyDeletesedapnya. banyak makanan ;)
ReplyDeleteYa allah sedapnya...
ReplyDelete