Tinggal beberapa hari lagi tahun 2017 akan melabuhkan tirainya. Tahun baru 2018 akan tiba dengan semangat baru, azam baru dan pelbagai lagi. Apa kata bawa keluarga ataupun kawan-kawan makan malam sempena tahun baru sambil menikmati permandangan bunga api dari tingkat 18, Club Lounge Grand BlueWave Hotel Shah Alam(GBWHSA).
Promosi Makan Malam Sempena Tahun Baru yang menawarkan anda pelbagai jenis makanan yang lazat yang disediakan oleh Chef Al-Hafiz Bin Redzuan (Senior Chef De Cuisine).
Bagi pembuka selera antara menu yang dihidangkan seperti Parade of Cold Seafood on Ice, Cold cut Display, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roasted Baby Roma and Basil dan byk lagi
menu macaroni with braised ribs ni sgtttt sedap
dan menurut kata Chef, menu ni hanya sekali setahun je ada
aku repeat 3x mkn menu ni sahaja sbb sedap sgtttttt
Hidangan Western juga ada antaranya Chicken Teriyaki Sesame, Mussel Au Gratin, Smoked Salmon Quiche dan bermacam lagi. Pastinya anda tak putus juadah untuk dinikmati.
Antara pencuci mulut yang dihidangkan seperti Assorted Pudding, Assorted Cookies, Christmas Stollen, Yule Log, Assorted French Pastries, Muffins, Tartlets, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain dan pelbagai lagi.
Promosi Makan Malam & Sambutan Tahun Baru hanya pada 31 Disember 2017 bertempat di Tingkat 18, Club Lounge Grand Bluewave Hotel Shah Alam bermula 6.30 petang - 1 pagi.
Harga untuk dewasa RM 90.00nett manakala RM 43.45nett untuk kanak-kanak. Nikmati Makan Malam & Sambutan Tahun Baru dengan pemandangan bunga api dan menyaksikan sendiri sambutan Tahun Baru dari permandangan Dataran Merdeka Shah Alam.
Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi 03-5511 8811 ext. 2612.
Ala terbayang beef wellington tu kak. Sedapnyaaaa. Esok ana sekeluarga repeat dinner kat sana. Bawa mak ayah makan dkt hotel katanya =)
ReplyDeleteBila tiba tahun baru, krismas dan macam- macam lagi agenda hujung tahun memang banyak betul aktiviti makan2 kan...semuanya sedap tu ha...geram je SA
ReplyDeletewah banyaknye makanan..meriah :)
ReplyDeleteMeriah betul semua makanan yg ada..
ReplyDeleteBanyaknya menu dia..
ReplyDelete