Followers MamaTisya

Friday, June 15, 2018

Aidilfitri 2018 tanpa Mummy disisi :(

1 syawal = 15 June 2018 genap 6bln pemergian arwah adik ipar ku.. Alfatihah utk arwah Norhaslin Harun 

Nukilan rasa dr Adikku #29ramadhan ..berat mata memandang,  berat lagi bahu memikul

Sebelum balik raya, bawa anak-anak beraya dengan Mummy dia.
Esok genap 6 bulan Mummy dia pergi.
Sepanjang 6 bulan juga aku tak balik kampung arwah.
Alhamdulillah tahun ni raya pertama, aku ganti dengan raya pertama di kampung arwah Palong, N.9.
Sepanjang Ramadhan ni ,benda yg paling susah ialah siapkan baju anak-anak nak balik raya.
Dulu isteri semua siapkan, tahu2 beg dah siap dah.
So sape yang ada isteri tu,hargai laa sementara masih ada ni.
Kalau mereka minta rantai emas utk raya ni, beli jer laa sebagai tanda penghargaan menjaga makan minum, siapkan baju, masak untuk sahur.
Mohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan semua.
Doakan kami yer..
From
POLAND , N.9.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...