Followers MamaTisya

Tuesday, December 24, 2019

Promosi HI-TEA dan DINNER Tahun Baru 2020 @Grand BlueWave Hotel Shah Alam



Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu 2020 dengan Hi-Tea Tahun Baharu di Restoran Royale Songket, Aras G. Rasai semangat musim perayaan dengan menu buffet yang menarik dan menyelerakan untuk membangkitkan keceriaan sambutan Tahun Baharu.


Tetamu boleh memulakan keterujaan menikmati hi-tea dengan pelbagai pembuka selera seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetable Crudités, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil.



Tumpuan utama hi-tea adalah barisan masakan utama yang pastinya akan membangkitkan selera anda seperti Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Satay.





Seterusnya, pengunjung dapat menikmati pilihan menu masakan Barat di Carving Station. Menunya termasuklah BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Manakala, di gerai Live Action, tetamu boleh mencuba Pasta dengan beberapa pilihan sos.


Selain daripada itu, penggemar makanan laut boleh mencuba makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel. Terdapat juga sudut Kid’s Corner yang menghidangkan Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup pada hari tersebut, Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons.


Tidak lengkap sesi hi-tea tanpa pelbagai jenis pemanis mulut dan pastri. Hi-Tea Tahun Baharu ini menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel.

Antaranya ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé.




Hi-tea Tahun Baharu yang meriah ini diadakan pada 1 Januari 2020 (Rabu) bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang. Harganya ialah RM69.00+ bagi setiap orang dewasa. Manakala harga kanak-kanak dari 4 tahun hingga 11 tahun ialah RM34.50+.



Selain Hi-Tea Tahun Baharu, Restoran Royale Songket juga akan mengadakan Makan Malam Ambang Tahun Baharu dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, Masakan Itali, dan menu kegemaran Malaysia.

Makan malam Ambang Tahun Baharu ini berharga RM95.00+ setiap orang dewasa dan RM 47.00+ setiap orang kanak-kanak. Ia bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada Selasa, 31 Disember 2019.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran melalui 03-55118811 sambungan 2723 or 2724 atau Whatsapp 019-2736801 or 019-2757801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST.

6 comments:

  1. Alaaaaa...kita terpikat ngan menu grilled tu...dapnya....ntah bila dapat pi makan kat sini...

    ReplyDelete
  2. Wah murahnya tawaran Hi Tea kat sini. Menu semua nampak sedap sedap

    ReplyDelete
  3. terasa mcm nak ajak asben makan hotel plak nanti new year.
    hi tea kat hotel sesekali :)
    nak carik la kat melaka ni memana yg sedap.

    ReplyDelete
  4. Kambing Bamia 😍. Aduhhhh menu banyaknyaaa. Memang kena datang dengan perut kosong baru puas hati hehe.

    ReplyDelete
  5. Meriahnya... seronoknya.. dah lama x g Hotel

    ReplyDelete
  6. Menu semua sedap². Rambang mata nak ambik mana satu ni. Semua nak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...