Kuih wajib ada bila bln Ramadhan adalah Tepung Pelita
memandangkan thn ni tkde bazar ramadhan, gigih la buat sendiri masa 4 ramadhan aritu
1st trial buat kuih tradisional tapi versi moden sbb tk guna daun pisang
just isi dlm bekas camni senang..tk brp gigih nk buat2 kotak2 dr daun pisang tu hehe
ok jom tgk resepinya...actually mcm2 jenis resepi sukatan kalo korang google
aku ni pn adjust2 juga ikut kesesuaian
Lapisan Pandan
4 helai daun pandan
1 cawan tepung beras
4 cawan air
1 cawan gula
pewarna hijau
Cara-cara:
1. Blend daun pandan dengan 4 cawan air
2. Tapis air pandan masuk dlm pan
3. Masukkan tepung,gula,pewarna hijau
4. Masak sampai likat dgn api sederhana kecik , dh nmpk adunan tu letup2 bole tutup api
5. Bekas utk isi lapisan pandan tu, siapkn dgn tabur skit gula kaster dulu.
* aku guna gula halus je sbb tkde gula kaster.
Lapisan Santan
1 kotak santan 200ml
3 cawan air
3 sudu tepung beras
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan santan, tepung, air dan garam dalam pan.
2. Masak sampai likat sama macam masak adunan lapisan pandan tadi.
3. Dah likat, masukkn dlm bekas atas lapisan pandan tadi.
4.Sejukkan dulu dlm peti ais..tunggu waktu berbuka puasa utk menikmatinya.
**make sure sentiasa kacau adunan tu dgn api sederhana kecik..kalau tak, ia akan berketul..
fuh sado lengan ngacau nk bg likat ....bila dh likat cepat2 masukkan dlm bekas.
bg sejuk dulu..tgu time berbuka puasa br makan
mcm tk percaya berjaya buat....komen husband
katanya kurang rasa daun pandan..mayb skit daun pandan tu
tp sedap juga katanya utk 1st trial menjadi..alhamdulillah
Makan sejuk-sejuk.fuh nikmat.
ReplyDeleteFeveret juga tepung pelita ni. Nak buat sendiri pokok daun pandan tak berapa nak rimbun. Nantik kan togel pulak pokok. Hihi
ReplyDeleteNampak memang sedap. Tak susah buat sebenarnya. sejak pkp ni, wife Mat Drat pun buat sendiri je, biasa beli je....
ReplyDeleteDah agak lama tak try buat balik kuih Tepung Pelita ini. Dulu arwah emak mertua rajin jugak buat. Ini dah lama tak buat.
ReplyDeleteNampak sedap tepung pelita tu... sy belum pernah buat sendiri selalu beli sebab tak ada daun pisang, nnt boleh try buat dlm bekas nih
ReplyDeleteYeayyy..berjaya..:D. Sis tak berapa suka kuih yg lembek2 macam ni, tapi kalau ada makan jugaklah
ReplyDeleteTahun ni tak makan lagi tepung pelita. Tak pernah buat sendiri.thank you share resepi
ReplyDeleteWah! Tahniah. First time buat terus jadi 👏🏻👏🏻
ReplyDeleteRindunya nak makan tepung pelita! Sedap!
ReplyDeleteWow!!! Tahniah mama Tisya atas kejayaan ini!!! Nanti saya pun nak cuba buat jugalah... dulu selalu terfikir macam manalah nak buat dua lapisan tu... rupanya, bahan-bahan dan cara nak buatnya pun tak serumit mana... thanks for sharing...
ReplyDeleteI love kuih Tepung Pelita since I was a child. Sweet and delicious dessert for the whole family
ReplyDeleteTahun ni betul-betul kemaruk ek makan tepung pelita ni, padahal kalau tak puasa, boleh je buatnya hehehehe...Sis lee boleh kata selang hari atau seminggu mesti nak makannya..
ReplyDelete1st trial tu patut dipuji sbb terus menjadi. hehe.. buat sendiri puas hati makan..
ReplyDeleteboleh makan banyak2..
Sedap sangat ni kuih fav Yaya hee lepas ni boleh buat sendiri terima kasih sudi berkongsi resepi tepung pelita ni. Kuih yang menjadi kegemaran di bulan Ramadhan
ReplyDeletesedap ni, antara febret juga...bulan puasa ni tak dapat makan lagi...
ReplyDeletetahun ni tak merasa lagi tepung pelita untuk buat berbuka puasa. nanti boleh la try buat dengan resipi ni.
ReplyDeleteRamai buat kuih tepung pelita bulan puasa ni. sedapnya.
ReplyDelete