24ramadhan aritu, 1st trial buat Biskut Cornflakes Crunchy guna Air Fryer.
Sebelum ni slalu tgk kwn2 share kt group AF buat biskut raya ni
resepi ada mcm2 yg kwn2 share kt group AF tp aku adjust2 ikut kesesuaian bahan yg ada
Biskut Cornflakes Crunchy versi #mamatisyalilkitchen
Bahan-bahan:
- 1 cup marjerin
- 1/2 cup gula kastor
- 1 biji kuning telur
- 1 1/2 cup tepung gandum
- 1/4 cup tepung jagung
- 1 sudu besar tepung beras
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 2 cup cornflakes dihancurkan kasar
Cara cara:
1.Pukul gula dan marjerin sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, baking powder dan cornflakes. Kacau sehingga sebati.
3. Bentukkn kecik2 adunan utk dimasukkan dlm AF. Sebelum tu bole golek2 atas cornflakes yang dihancurkan.
4. Aku ada try & error sbb byk resepi share suhu berlainan kan ikut AF masing2. Jadi utk Biskut Cornflakes Crunchy versi aku ni bakar pada suhu 160 utk 10minit.
**dinasihatkan untuk tgk2 juga biskut tu , takut hangus. Selamat mencuba
ready utk di bakar dlm air fryer
yeayyy ...menjadi...crunchy..cumanya guna air fryer kena sbr skit la
sbb tkleh ltk byk2 mcm oven skali masuk 1 tray dh siap dh
ni haritu dlm 5x juga la xsilap nk siapkan smua
dpt la dlm 50-60biji camtu ikut size korang buat bulat2 adunan tu la
ni pn tk sama size..ada kecik ada besar...tp dlm balang ni dlm 50 camtu
sbb time buat ada juga dh mkn testing2 hehe
ni pn dh suku balang jp2 mkn kan..smp raya kn dh tgal skit haha
ok sangat ni...good try
ReplyDeletebest gak ada air fryer ni, siap boleh baking cookies. cantik plak kejadiannya
ReplyDeleteBoleh cuba ni..kat rumah anak2 ada air fryer..
ReplyDeleteSenang ade air fryer. Boleh masak macam2.. Ramai nmapak buat biskut ni. Senang tengoknya. Nampk pun sedp
ReplyDeleteKita pun dah buat tapi resepi lain. Memang layan makan crunchy corn flakes ni. Anak² berebut makan sbb ranggup. Nak buatnpun senang
ReplyDeleteTq share resepi ni mybe akan buat atau tak.. skrg main beli jer
ReplyDeleteWah ni macam resepi khairul amin influencer kat ig tu kan. Lia pun ada Cuba buat biskut ni juga dengan mama kt rumah. Memang simple je.
ReplyDeleteBanyak betul la resipi guna air fryer nie. Nie ngah bertahan agar tidak terpengaruh dan membeli air fryer tu. Tapi memang nampak senang dan mudah nak buat
ReplyDeleteok..nanti nak tiru resepi ni..nampak sedap dan menarik..plg penting mesti ranggup kan
ReplyDeleteSedap sangat ni... kami sekeluarga merupakan peminat tegar biskut-biskut berasaskan cornflakes... kalau dapat cornflakes je, tak payah letak susu pun layanzzzz je... hehehehe... nanti saya nak cuba resipi ni... thanks for sharing ya Mama Tisya...
ReplyDeleteTahun ni tahun malas nak buat kuih raya. Hahaa. Kalau x menu kuih raya byk berasaskan cornflakes je.. Resepi ni pon mudah kan.. Pernah buat tahun lepas.
ReplyDeleteSenang nak buat kuih ni. belum ada aura nak buat kuih lagi ni. huhu
ReplyDeleteWah senang nak buat kuih ni using air fryer, nanti sis nak cuba juga.
ReplyDeletebanyak sekarang orang bakar kuih raya guna air fryer, kena try jugak ni..
ReplyDeleteBaru tahu boleh bakar biskut guna air fryer. Nanti boleh Cuba
ReplyDelete