Followers MamaTisya

Tuesday, September 28, 2021

resepi Udang & Ikan Siakap Sweet Sour yang sedap


nk share 2 menu utk masakan sweet sour....
biasa kalo mkn kt kedai siam sure order ikan sweet sour or 3 rasa
aritu aku masak ikut resepi dr Che Nom...
sebelum ni masak menu sweet sour tk pernah letak sos ikan
ikutkan menu sweet sour ni letak nenas tp aritu nenas tkde...guna bahan yg ada je la


Bahan-bahan:

udang 
bawang merah -di hiris
bawang putih -di hiris
halia-dihiris
bawang besar 
cili boh
sos cili / sos tomato
sos ikan
nenas


**sukatan bahan2 tu pandai2 la adjust ikut byk mana udang  yg korang guna


Cara-cara:-

1.Goreng udang separuh masak..ketepikan.

2. Guna minyak sama yg goreng udang tadi, tumis bahan2 yg dihiris.

3. Masukkan  cili boh..kacau smp terbit minyak

4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos ikan secukup rasa..kacau sebati...

5. Nak berkuah masukkan air sedikit..kemudian  masukkan udang, nenas & bawang besar .

6. Biarkan seketika....siap utk dihidangkan..bole tabur daun bawang or daun ketumbar



Bahan-bahan:

ikan siakap - bole je guna ikan lain pun tp aku suka siakap
bawang merah -di tumbuk
bawang putih -di tumbuk
halia-di tumbuk
bawang besar 
buah tomato-dipotong dadu
cili boh
sos cili 
sos ikan
nenas
gula /garam secukup rasa

**sukatan bahan2 tu pandai2 la adjust ikut besar  mana ikan yg korang guna

Cara-cara:-

1.Goreng ikan dan ketepikan...pastikan minyak lebih supaya ikan tk melekat

2. Kemudian tumis bahan2 yg ditumbuk...kemudian masukkan  cili boh..kacau smp terbit minyak

3. Masukkan sos cili, sos ikan, buah tomato , gula / garam secukup rasa..kacau sebati...

4. Nak berkuah masukkan air sedikit..kemudian  masukkan nenas & bawang besar ...biarkan seketika....

5. Kemudian boleh tuang kuah di atas ikan yg telah di goreng tadi....siap utk dihidangkan..bole tabur daun bawang or daun ketumbar


 


ada video yg masak ikan sweet sour je..yg masa masak udang tu lupa record video
tk byk beza sgt pn antara masak menu udang & ikan ni
menu udang tk letak buah tomato..menu ikan letak buah tomato
mmg dua2 senang je..tk susah mana...selamat mencuba

13 comments:

  1. Saya kalau sweet sour mesti padankan dengan ikan siakap. Yg lain tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak masak sweet sour...
    lauk ni makan dengan nasi putih kosong je dah cukup. Memang sedap menambah nambah. Nasi kena panas !

    ReplyDelete
  3. Resepi sweet sour bersos ikan, belum cuba, tentu sedap, nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak oiiiii menggoda sungguh

    ReplyDelete
  5. Memang ini yang ngap dengan ikan siakap. masak sweet sour.

    ReplyDelete
  6. Biasa masak ikan siakap je sweet and sour. Pasni boleh cuba masak udang sweet sour pulak. Terima kasih share resipi.

    ReplyDelete
  7. Sedap nampaknya tu :)
    Sos ikan ni lah yg selalu kita skip kalau masak thai food, asyiklah takde stok.

    ReplyDelete
  8. udang tu memang febret sangat!!!
    Siap bole ratah berketul2 camtu je ehhe

    ReplyDelete
  9. Fuh sedapnyaaaa.. Hari ni lalu dekat little Nyonya teringat udang petai dia yg sedap tu... Tpi sedeh xleh nak dine in lg sebab suami xhbis lg tempoh pantang vaccine...
    So cepat2 beli udang.. Malam kang udang petai la kitašŸ˜

    ReplyDelete
  10. Pukul 4.30pm ammi belum lunch. Agak2 apa perasaan ammi tgk gambar ni? Hahah

    ReplyDelete
  11. Sedapppp.. sweet sour ikan kalau dpt mkn laju habis

    ReplyDelete
  12. uiiishhhhhh 2x sedap ni.... antara lauk paling laku keras kalau kt rumah sy ni hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...