td terbaca kt FB Rawang Burger Bakar
ownernye nk bg burger free arini...
bermula pukul 5ptg smp 12 tgh mlm...murah rezeki....
hah saper2 yg rs nk mkn burger bakar percuma bole la pegi...
kt outlet wangsa maju je tau
Tawaran istimewa diadakan hanya pada hari pertama puasa
Burger bakar percuma
Nora Mahpar | noramahpar@bharian.com.my
2012/07/21
Tawaran istimewa diadakan hanya pada hari pertama puasa
BAGI penggemar burger, pilihan untuk menikmati makanan segera ini sudah terbuka luas. Kalau dulu, rangkaian makanan segera sering menjadi tumpuan, tetapi hari ini sudah banyak gerai atau restoran yang menyediakan beraneka jenis burger.Selain harga yang lebih murah berbanding restoran makanan segera yang sudah lama bertapak, burger di gerai atau restoran ini turut mempunyai keistimewaan tersendiri.
Malahan sesetengah penjual burger ini mempunyai ramuan atau adunan resepi rahsia serta tersendiri untuk memberikan kelainan kepada pelanggannya. Bahkan ramuan mereka itu membuatkan burger lebih enak, puas dimakan, berbaloi dengan harga yang dibayar, terutama kerana disediakan dalam saiz yang besar.Bagi penggemar makanan ini, boleh cuba burger bakar. Cuba saja kerana sepanjang menyambut Ramadan, pemiliknya memberikan secara percuma burger bakar di cawangan Burger Bakar Rawang, Seksyen 5, Wangsa Maju.
Tawaran itu menanti pengunjung pada hari pertama puasa khusus bagi menghargai setiap pengunjung yang tidak putus bertandang ke gerai milik Mohd Fadzil Halimie, 44, yang memulakan operasi sejak Disember lalu.
"Ia juga ibarat sedekah dan juga tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat di bulan yang mulia ini. Walaupun hidangan burger bakar dianggap asing sebagai juadah berbuka puasa, namun pada tahun ini saya berharap menu yang saya ketengahkan ini mampu mencipta kelainan dan fenomena kepada umat Islam khususnya yang tinggal di kota," katanya yang ditemui BH, baru-baru ini.
Hidangan burger bakar dianggap unik kerana selain terkenal dengan saiznya yang besar iaitu seberat 150 gram, ia juga dianggap sebagai hidangan yang sihat kerana dibakar menggunakan arang seratus peratus.Fadzil berkata, cubaan pertama menyusun adunan daging secara bertingkat-tingkat membuahkan hasil apabila ia mula diterima pengunjung pada hari pertama memulakan operasi.
"Tambahan pula, aroma atau bau arang sebagai bahan pembakar menyebabkan ia masak secara sekata dan aromanya lebih enak dari burger biasa.
"Pendek kata, walaupun burger kami enak dan setaraf dengan masakan di restoran eksklusif, harganya memang berbaloi," katanya.
Ditanya mengapa gerai yang diusahakannya dinamakan Burger Bakar Rawang, Fadzil berkata, nama Rawang diambil sempena keluarganya yang berasal dari daerah itu.Nama setiap menu burger yang ditawarkan juga agak menarik, seperti Ombak Rindu, KLCC, Chicken Pop, Valentine's dan 'Burgermbira.
Bagi memberi kelainan dan cita rasa baru kepada penggemarnya, sempena bulan puasa ini Burger Bakar Rawang turut mencipta menu baru iaitu I <3 U yang menggabungkan hirisan daging, nanas dan lebih istimewa, seekor udang galah diletakkan di atas burger.
Tawaran ini bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Sebarang pertanyaan atau tempahan, Burger Bakar Rawang boleh dihubungi di talian 019-348 2819.
Mira macam nak serbu je.. pukul 4 karang :)
ReplyDeletebagusnyeee..murah rezeki diorang!!
ReplyDelete