Followers MamaTisya

Tuesday, February 7, 2017

resepi Nasi Arab Noxxa


 Bahan-bahan:

utk perap Ayam:
4 ketul ayam part peha
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
1 kiub ayam-ltk masa rebus ayam


utk Nasi:
2kg beras basmathi ( 1kg beras = 4 cawan)
2 sudu minyak sapi
4 cawan air per 1 kg beras
2 biji bawang besar- di kisar
6 ulas bawang putih-dikisar
2 inci halia -dikisar
Rempah tumis - kayu manis, bunga lawing, pelaga, bunga cengkih



Sos:
1 biji tomato
5 biji cili besar
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan Lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)

Salad Arab:
1 biji timun- potong dadu
2 biji tomato- potong dadu
perahan lemon ( kalo tkde lemon guna cuka pn bole)
garam/gula
Gaulkan semua bahan.


cara-cara:-

1. -Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning.
-Saya perap 30 minit.

2. Ayam di rebus, masukkan air secukupnya sbb air rebusan ayam ni akan digunakan utk masak nasi nanti, masukkan kiub ayam..rebus jgn lama sgt. Toskan ayam yg telah direbus...ketepikan

3. Tumis bahan rempah dengan bahan kisar dlm kuali dulu smp naik bau.

4. Kuah ayam rebus tadi ditapis utk digunakan dlm penyediaan nasi.

5. Beras dibasuh dan di tos.

6. Masukkan beras, kuah ayam rebus, bahan yg telah ditumis, ayam yg telah direbus ke dlm Periuk Noxxa


Setting Periuk Noxxa:

-Tutup periuk Noxxa sehingga bunyi 'klik' kedengaran.
-Tetapkan pelaras pada penunjuk 'Pressure'
-Tekan 'High Pressure' 7 minit.
-Tekan button ON/OFF utk hidupkan periuk Noxxa.
-Bila tamat masa 7 minit, tunggu 1- 2 minit. Release steam dengan tetapkan pelaras pada penunjuk 'Steam'.
-Keluar periuk dari Noxxa untuk mengelakkan nasi berkerak




ini la hasilnya :)

**aku masak aritu 1kg 2 ketul ayam dlu...sbb riso takut tk jd kn...
so lps tu masak lg skali lg 1 kg ngan 2 ketul ayam
alhamdulillah 1st trial menjadi :)



hidangan 2 kg beras ni bole mkn 2x lebihkurang 12 dewasa 8 kanak2
pastu kambing & ayam bakar tu side dishes :)

6 comments:

Kakcik Nur said...

Alamak! kakcik takde periuk Noxxa... huhuhu...

LYAfrina said...

alahai..sedapnya nampak..ayam pon gebusss...

Norliza Nordin said...

sedapnyeee!

Norhayati Mohd Isa said...

Lama akak tak masak nasi arab..
macam nak buat lagi bila tengok ayam MT yg terbaring dlm periuk tu hihihi

Rara Mia said...

Mira pon baru jugak buat nasi arab ni.. hehe boleh makan sampai malam 😊

Ainniah Zulkefli said...

kalau masak xguna periuk Noxxa jadi jgak tak guna resepi ni? Teringin jgak nak buat nasik arab sendiri. Feveret encik suami saya tu. Nyam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...