Followers MamaTisya

Friday, May 19, 2017

"Dining Under The Stars” @Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur


Tinggal beberapa hari je lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan..dh abis ganti puasa ke belum??? Kalau yg belum abis ganti tu, cpt2 tau. Kalini nk share menu2 yg disajikan di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur yang bertema kan "Dining Under The Stars” yang akan disediakan oleh Chef de Cuisine - Addy Dzulfadzly Abdullah Menu berbeza-beza setiap malam supaya pengunjung boleh mencuba pelbagai pilihan. Ahli muzik juga akan menghiburkan orang ramai setiap malam Jumaat dan Sabtu. 



Kebetulan jemputan yang diterima time aku tgh bercuti..
Hotel ni dekat je ngan rumah aku...15 minit je kalau tk jammed
petang tu cuaca mendung...setibanya di Hotel, hujan turun dgn lebatnya..


sementara org tk ramai lagi..aku ke kawasan tepi pool
yg menyediakan hidangan kambing panggang ni 


ruang makan bole memuatkan lebih 200 pengunjung
anda bole menjamu selera samada di sebelah dlm restoran


ataupun di luar berdekatan ngan pool


Antara menu yg disajikan seperti Rendang Ayam Pedas,  Daging Masak Hitam Johor, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Telur Itik Masak Lemak , Kepah Masak Lada Hitam, Sayur Goreng Jawa


Turut disajikan bagi penggemar seafood , oyster, mussel & udang yg segar 
sup ekor & bubur, salad dan pasta


Terdapat gerai yg menyediakan Laksa Johor, Sate, Lemang, ABC, aneka jenis kerabu seperti Kerabu Betik Muda, Kerabu Ayam Dara, Kerabu Udang Suhun, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Limpa, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu Nenas, Kerabu Mangga  dan mcm2 lagi di sebelah luar restoran


hah kambing panggang dah ready utk di ngap :)


Sate Ayam, Sate Daging, Ketupat, Lemang, Serunding dan Kuah Kacang kegemaran ramai


Aneka jenis biskut raya , pudding, kek, kuihmuih tradisional, 
buah-buahan dan jeruk disediakan utk pencuci mulut


Promosi ini bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Harga RM77 + (dewasa) dan RM39 + (kanak-kanak). 

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi penginapan di bawah hartanah Oakwood lain di seluruh Asia. Treat Restaurant & Bar terletak di level bahagian lobi hotel.

Sila hubungi 03-27109180 atau e-mel fnb.ohrkl@oakwoodasia.com untuk tempahan. 

Boleh layari website di Facebook :  OakwoodKualaLumpur atau Instagram : OakwoodKualaLumpur

6 comments:

hanim said...

byknya makanan....mcm2 food boleh rasa....sy suka sy suka...hehhe

Julia Johari said...

terpegun tengok kerusi meja makan dia kak...lawanyaaaaaaa...rasa mcm kena stay lama berbuka kat sini...pool pun ada wowwwwww...kerlasss

Inani Hazwani said...

Fuh bestnya macam macam menu ada :)

LYAfrina said...

Tu lah..sekejap je kan, dh nk msk ramadhan pun...


Untungnya, selalu dptbrezeki mcm ni..alhamdulillah..

Nmpk sedap betul kambing golek tu

panphila said...

Menu-menu di sana nampak menarik, especially yang macam lala but besar tu, which we can eat fresh without cook. Yummeh!

http://panphila.blogspot.my

PinKy MoMMa said...

makan kambing time hujan2 la sedap amy hihi..baru best nk rasa smua hihi sbb hujan kn perut sllu lapar je..nmpk menarik makanan dr hotel ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...