Followers MamaTisya

Tuesday, August 21, 2018

Menjelajahi Dunia Bersama THOMAS & FRIENDS™


Selama lebih 70 tahun, Thomas & Friends™ dari Pulau Sodor telah menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia. Kini, Thomas bakal menjalani satu transformasi hebat dari segi kandungannya! Kereta api comel ini akan menjelajah ke seluruh dunia dalam Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures! Siri TV baharu ini akan diberikan nafas baharu supaya lebih menghiburkan, inklusif, bermakna dan global.

Kandungan rancangan ini akan menyajikan jalan cerita yang lebih rancak dan berfokus pada aspek fantasi, humor, haiwan serta muzik. Kini, Thomas akan memegang peranan sebagai pengisah yang menyampaikan pelbagai kisah menarik secara langsung kepada para penonton, sekaligus mencipta pengalaman yang lebih peribadi dan bermakna bersama kereta api biru ikonik ini. Di samping itu, Thomas & Friends akan menyaksikan pembentukan kumpulan lokomotif baharu dengan bilangan watak perempuan dan lelaki yang lebih seimbang (Thomas, Gordon, James, Percy, Emily dan dua watak baharu, Nia dan Rebecca) bagi menjamin aspek kesamaan jantina dan mendekati hati lebih ramai penonton. 




Dalam Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures!, cita-cita Thomas untuk melihat dunia ini akan memberi motivasi kepadanya untuk mengembara merentasi padang pasir, hutan rimba dan gunung-ganang di Afrika, Brazil, Amerika Syarikat dan China. Disertai Nia, watak perempuan baharu dari Kenya dalam kumpulan lokomotif ini, Thomas akan mengembara ke destinasi-destinasi yang lebih jauh untuk mengalami pelbagai budaya dan mengenali kawan-kawan baru dari negara-negara lain.

“Melalui Thomas & Friends: Big World! Big Adventures!, Thomas akan membuka mata kanak-kanak prasekolah kepada dunia di sekitar mereka melalui ciri-ciri unik kereta api. Selain menekankan kepentingan tali persahabatan dan usaha berkumpulan, program ini telah direka supaya lebih mengujakan dan mempunyai unsur pendidikan yang lebih tinggi. Kini, kanak-kanak berpeluang meneroka pelbagai negara serta budaya baharu bersama teman mengembara mereka, Thomas ketika mereka membesar,” kata Audrey Ng, Pengurus Jenama Kanan untuk Bayi & Prasekolah di Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. (Mattel).

Melalui pengembaraan mengelilingi dunia ini, Thomas menjemput peminat untuk meneroka dunia bersamanya di acara Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures! yang bakal berlangsung di The Curve. Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, antara 14 dan 26 Ogos 2018, kanak-kanak berpeluang bertemu dengan replika saiz sebenar Thomas dan teman-temannya, mengharungi pagar sesat yang dipenuhi halangan di Safari Hutan Nia, serta berkunjung ke Tembok Besar Yong Bao untuk bermain teka-teki. Selain itu, mereka juga dapat menikmati video-video Thomas & Friends yang tidak pernah ditontoni sebelum ini di teater ‘mini beanbag’ yang selesa!

Mattel berganding tangan dengan The Curve untuk menjayakan acara ini, dan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran eksklusif di Centre Court sepanjang kempen ini. Setiap hari, 1000 orang kanak-kanak pertama yang berkunjung ke acara ini akan diberikan satu Pasport Thomas & Friends yang istimewa. Dengan melengkapkan pasport ini, mereka berpeluang memenangi satu hadiah Thomas & Friends. Tambahan pula, pelanggan yang membelanjakan RM120 dan ke atas untuk barangan Thomas & Friends akan dapat menebus sebuah beg alas mainan 2-dalam-1, dan menikmati Thomas Train Ride di sekitar Centre Court. Penebusan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan The Curve berkata, “Cuti sekolah sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berseronok serta meneroka pengalaman baharu. Oleh itu, kempen Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures! pastinya akan memberi pengalaman mengujakan kepada mereka. Sebagai pusat beli-belah yang mesra keluarga, kami bertekad untuk menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Kami berharap cuti sekolah ini akan meninggalkan kenangan manis bagi semua, terutamanya ibu bapa serta kanak-kanak melalui acara yang kami sediakan di The Curve.”

Peminat boleh mengikuti Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di saluran YouTube rasminya: https://www.youtube.com/thomasandfriends

Video-video baru termasuklah 5 video karaoke akan disajikan, di samping beberapa video pengenalan teman-teman Thomas dari seluruh dunia, iaitu Nia, Yong Bao, dan Ace. 

Peminat juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kandungan serta acara baharu Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures! di laman Facebook Thomas & Friends. 

5 comments:

  1. Ini kalau anak buah si Opick nampak ni sure meroyan ni

    ReplyDelete
  2. selalu kena layan anak buah tengok Thomas. hehe..

    ReplyDelete
  3. Wah.. best nie kalau bawa amani dan imani..

    ReplyDelete
  4. best kalu dpt gi.
    izzat lah kan. dia memang super duper excited dgn pe pun kartun.
    ni antara kartun yg dia layan lah. comel!
    aida pun suka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...