Followers MamaTisya

Thursday, September 22, 2016

Komen dari Peminat Saksi Kisah Sebenar VOLKSWAGEN KUNING di malam TAYANGAN PERDANA

20 sept yg lalu, aku dpt jemputan ke Majlis Pra Tonton Wolkswagen Kuning yg diadakan di Cathay Cineplex Mutiara Damansaraantara yg hadir barisan pelakon , pengarah, penerbit, media, fans club & juga bloggers.

Filem ini merupakan yg ke 115 terbitan MIG, Volkswagen Kuning diinspirasi dari kisah benar yang berlaku. Sejak dari dulu lagi, kisah Volkswagen kuning menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini. Pengarah utk filem ini Shadan Hashim, menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta olahan yang ditambah untuk mencantikkn lagi plot penceritaannya. Walaupun ianya sebuah filem seram namun turut diselitkan elemen pengajaran, kekeluargaan serta percintaan di dlm filem ini.


gambar2 barisan pelakon sekitar Majlis Pra Tonton Wolkswagen Kuning
bertempat di Cathay Cineplex Mutiara Damansara 20 Sept 2016





Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning! Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.


heroin Filem Volkswagen Kuning - Atikah Suhaimie


sempat selfie dgn big bos MIG..klakar orgnya..nk2 bila die berpantun


ada gift dr MIG...Banglo Berkunci..blum tgk lg


tq BroFramestone atas jemputan ini


tahniah blogger Iena kerana memenangi OPPO F1 
syok la pasni leh sakan selfie ngan OPPO F1 #selfieexpert


nk tahu seram ke tak...jgn lupa tonton Wolkswagen Kuning 
di pawagam berdekatan anda...arini  22 Sept 2016 sudah mula ditayangkan



klik video utk dgr komen dari  Peminat Saksi Kisah Sebenar VOLKSWAGEN KUNING
eh ada gmbr mamatisya kt dlm video ni..tp bkn yg di interview tu...iolssss pemalu :-p


Di kala malam menjelma, Dendam kesumat membara.....

3 comments:

  1. tgk org komen mcm best je tu..hihi..tgu kuar astro first la..

    ReplyDelete
  2. kita seram seram ni mmg tkt betul nak tengok hukhuk..kena tengok ramai2 baru tak tkt sgt..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...