Followers MamaTisya

Friday, September 8, 2017

Malaysia Day Hi-Tea @ Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September 2017, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengadakan program Hi-Tea Hari Malaysia bertempat di Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Harga bermula dari RM68.00 + untuk orang dewasa, RM55.00 + untuk warga emas dan RM35.00 + untuk kanak-kanak. Boleh bawa keluarga dan kawan-kawan  menikmati semua makanan yang istimewa bermula12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.



Antara menu bagi pembuka selera seperti mini Sandwich, aneka keju dengan keropok, salad, Sotong Kangkung Padang Kota dan pembuka selera lain. Terapat juga Sup Cendawan dan Sup Ekor Asam Pedas  serta Assorted Rolls and Butter.





Untuk promosi ini, Royale Songket Restaurant menawarkan hidangan panas yang menarik seperti Laksa Johor, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Kari Devil, Ikan Patin Masak Tempoyak, Burasak dan banyak lagi. Turut disajikan Live Show Kitchen dengan menu Satay Ayam Serai Wangi dan Otak-otak Kempas. Di samping itu, Kids Corner juga tersedia untuk kanak-kanak , antara menunya Finger Fish dengan Sos Tartare, Golden Chicken Nugget, dan banyak lagi.



Akhir sekali, untuk pencuci mulut terdapat aneka jenis buah segar, gerai ABC dan banyak lagi untuk dinikmati.



Promosi terkini untuk 200 pelanggan yang membuat tempahan awal akan mendapat harga seperti di atas iaitu rm 60nett. Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi 03-5511 8811 ext. 2612/2613. Semua harga hanya tertakluk kepada 6% daripada GST.


Maklumat mengenai Royale Songket Restaurant
Royale Songket Restaurant adalah restoran utama yang terletak di tingkat bawah, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional dan tempatan serta hidangan gaya Barat. Hiasan yang diilhamkan oleh unsur sentuhan Malaysia dalam suasana kontemporari, restoran ini mampu menampung sejumlah 150 pengunjung pada satu masa. Ia juga memperoleh pengesahan rasmi sijil HALAL dari JAKIM. Beroperasi dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Maklumat mengenai Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA), sebuah hotel bertaraf antarabangsa dan pusat konvensyen yang terletak di Selangor, Malaysia telah mendapat penghargaan tertinggi Hotel Mesra Halal 7 oleh Crescentrating. Ia adalah hotel pertama yang mendapat rating tertinggi di Malaysia dan rantau ini.


7 comments:

Azura Aziz said...

sedap2nya nampak makanan. belum mkn pun rasa mcm dah kenyang hehe..

Ana Suhana said...

Amboi meriahnya menu2 yang ada. Semua nampak sedap. Org shah alam kena cuba makan dekat sini nampaknya. Harga pun boleh tahan.

Shahida Dzulkafli said...

Menariknya menu dia.. meriah..

Kak Su said...

Wahh best nya mamam.. nyummm.. kat BlueWave Shah Alam aja ke, JB ada ke? Kak Su pon nak jugak Hi Tea

lia ummiirfan said...

wow wow weee

atiehilmi dot com said...

ni ape ni seme gambar mencekik anak tekak ni ? ha ? ha ? lapar tau tak.. hahahaha~

Inani Hazwani said...

Fuhh macam macam adaa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...