Followers MamaTisya

Tuesday, June 13, 2017

Buffet Ramadhan 2017 @ Intekma Resort, Shah Alam


Lastweek dpt jemputan berbuka puasa  di INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam yang diadakan di khemah besar ‘Marquee Tent’ yang baru dibina. Menawarkan variasi juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Khemah besar ini mampu memuatkan sehingga 1000 orang pelanggan dalam satu-satu masa.



Suasana khemah besar itu juga dilengkapi dekorasi dengan elemen tradisional seperti lampu minyak antik, kain sarung, pelbagai buah-buahan dan bunga-bungaan tempatan termasuklah motif batik Mega Mendung.


Lebih daripada 70 jenis hidangan tersedia, Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kawah, Nasi Briyani, Pindang Ikan dan Sotong Masak Hitam.


Tidak ketinggalan juga juadah sampingan yang menjadi pilihan orang ramai seperti Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow goreng dan Mee Rebus yang di masak segar daripada stesen secara langsung. 


Untuk hidangan pencuci mulut pula seperti Sagu Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Agar-Agar Pandan, kuih muih tradisional termasuklah kek dan buah-buahan segar pasti melengkapkan hidangan anda.


ni baru 1st round..penuh meja :)


Sesi Iftar di INTEKMA ini berlangsung dari 28 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017


Harga buffet adalah RM 55 nett untuk dewasa dan RM 27nett untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Manakala mereka juga boleh mendapatkan harga istimewa menerusi kupon pembelian terawal bernilai RM 45nett setiap satu. Terdapat juga pakej keluarga RM 149 nett ( 2 dewasa 2 kanak-kanak).

Untuk maklumat lanjut dan tempahan kalian boleh menghubungi  :-

03-5522 5009 / 5001 / 5104 / 5106 / 5222 / 5066

Website : www.intekmaresort.com.my
Instagram : @intekmaresort
Twitter : @intekmarcc
Facebook : INTEKMA Resort  & Convention Centre


4 comments:

Norliza Nordin said...

wahh banyaknye dessert tuuu

Chekgu Azrine said...

happening dan meriah dgn makanan...terbaik!

idzwa kamaruddin said...

temapt dia nampak santai je

Inani Hazwani said...

Wahh meriah macam macam makanan ada :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...