Followers MamaTisya

Friday, June 2, 2017

Majlis Iftar Amal 2017 Bersama Anak Yatim @ Grand BlueWave Hotel Shah Alam


“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan”
– Riwayat at-Tirmidzi



Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) untuk sekian kalinya berpeluang berkongsi kemanisan Ramadan bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Telaga Kasih Selangor dan Pusat Baitul Ulfah, rakan penaja dan rakan media/blogger dalam satu program amal khas tahunan ‘Majlis Iftar Amal’ di Café Borak-Borak. Program ini telah diadakan pada 29 Mei 2017.




"Alhamdulillah, kami rasa sungguh bersyukur dan berbesar hati kerana berpeluang meneruskan lagi program murni ini. Selain sebagai tanda prihatin sosial korporat kami buat insan-insan istimewa, kami juga berharap ia mampu menyubur mahabah dan ukhuwah sesama kita apatah lagi di bulan penuh berkat. Tambah istimewa, program ini adalah menjadi tradisi GBWHSA yang wajib diadakan pada bulan Ramadan. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan bersama dengan rakan penaja, media dan blogger yang prihatin.” ujar Tuan Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim, Pengurus Hotel GBWHSA.


Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian duit raya dan cenderamata kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Tuan Hj Ghazali Sayed Ibrahim, Pengurus Hotel.








Acara disusuli dengan sesi bergambar bersama anak yatim, rakan penaja dan rakan media/blogger. Tambahan itu, terdapat juga persembahan nasyid oleh Pusat Baitul Ulfah yang dibawa khas oleh Yayasan Ikhlas bagi memeriahkan lagi program ini. Majlis ini turut mendapat sokongan penajaan oleh Yakult dan Dr. Azimuth Spa.


Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap tetamu sambil menikmati juadah berbuka puasa yang dihidangkan istimewa oleh pihak hotel. Sebelum pulang, anak-anak yatim turut dititipkan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.


Antara hidangan buffet yg disediakan di GBWHSA ..Untuk 10 hari pertama Ramadhan, ada promosi istimewa dengan harga RM90.00 + untuk dewasa dan RM50.00 + untuk kanak-kanak (4-11 tahun) boleh juga baca di entry http://mamatisya.blogspot.my/2017/04/istimewa-citarasa-penang-grand-bluewave.html



2 comments:

Inani Hazwani said...

Seronoknya berbuka puasa dengan anak yatim. Menu pun macam macam ada!

idzwa kamaruddin said...

ni baru betul meraikan anak yatim..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...