arini mmg entry psl Teman Lelaki Upahan
jom bc temubual hero & heroin #TLU
rupanya watal EL tu sepatutnya plakon Aqasha
tp sbb die ada hal so watak tu dpt kt Ungku Ismail Aziz
Apakah yang membuatkan Kyra Lydia tertarik pada watak EL?
Elizad: Sebab EL seorang yang selamba. Tidak terlalu control dengan watak seorang lelaki yang handsome dan bersahaja.
Berapa banyak episod lagi yang akan bersiaran di TV3?
Ungku: Tinggal empat sahaja lagi episod yang bersiaran pada minggu ini dan episod terakhir akan disiarkan pada hari Khamis, 26 Mac.
Bagaimana perasaan Elizad ketika mendapat watak Kyra Lydia yang juga seorang yang egois, sombong dan angkuh?
Elizad: Sebenarnya ketika saya ditawarkan dengan watak Kyra Lydia yang sombong ini, saya cuba untuk menolaknya kerana saya menginginkan watak yang sporting. Namun, pengarah banyak memberikan semangat kepada saya kerana menurutnya rupa dan mimik wajah saya cukup sepadan dengan karakter ini. Jadi, saya sahut cabaran dan teruskannya mengikut jalan cerita serta kehendak drama ini.
Boleh kongsikan sedikit apa yang akan berlaku pada episod-episod akhir ini?
Elizad: Apa yang saya boleh kongsikan adalah akan ada konflik di pertengahan sebelum episod akhir. Saksikan siapakah yang akan EL pilih untuk kebahagiaannya.
Adakah kesudahan drama ini sama dengan harapan yang anda harapkan?
Elizad: Keseluruhannya, saya suka akan jalan cerita drama ini sebab watak yang saya dan Ungku pegang tidak terlalu romantik, tetapi adegannya cukup semulajadi dan spontan.
Bagaimana Ungku boleh dapat watak utama dalam drama bersiri Teman Lelaki Upahan ini? Adakah melalui kenalan pengarah atau ujibakat?
Ungku: Pada mulanya watak ini sepatutnya dibawa oleh Aqasha. Namun, mungkin masa tidak mengizinkan. Jadi, pengarah, Azma Aizal Yusoof mencadangkan nama saya dan sejak itu saya menjalankan tugas mewarnai watak Ezwan Lufti sebaik mungkin.
Apakah watak EL yang ada pada diri Ungku?
Ungku: Saya boleh dikatakan seorang yang bersahaja tetapi sebenarnya lebih pendiam. Kadang-kadang orang fikir saya ini seorang yang sombong. Dan saya seorang yang suka menyendiri. Saya tidak suka keluar. Mungkin yang sama dengan watak EL dalam drama ini pun seperti EL seorang yang tidak suka diganggu. Tambahan lagi, watak EL juga jenis yang tak ramai kawan sama seperti saya. Dari segi petah bercakap dalam watak EL , mungkin tidak pada saya.
Adakah kesudahan drama ini sama dengan harapan yang anda harapkan?
Ungku: Drama ini kita tahu ianya diadaptasikan dari tulisan novel yang ditulis oleh Azura Rasiddin. Jadi, kalau ia diubah jalan ceritanya, mungkin hasilnya tidak akan capai seperti yang kita inginkan serta sokongan dari penonton. Tetapi kalau saya boleh mengubahnya, saya akan minta pada pengakhirannya sebalik dari apa yang akan dipertontonkan pada episod akhir Khamis ini.
artikel dr http://www.eh.com.my/
EL yg klakar & sweet wataknya ..cuma minggu ni die serius sbb nk bls dendam kt kyra kn
arini rsnye ada sweet2 la hrp nye :)
watak tu mmg kena ngan deme dua kan kakak...lepas ni naik la nama ungku ismail ni macam zul aripin kan
ReplyDeletewatak EL & Kyra ..memang sempoi. Jalan cerita...ada beza sikit2 dr novel ta[i still best. ah ah..pas ni nama diaorang meletup2 la..
ReplyDeletedulu tak suka klu dia berlakon.. dah la badan cam beso beso sado.. tp kali ni nape besttt sgt dia berlakon??!! dah la dah kurus, makin ensem lagi hahaha!
ReplyDeletesuke3..ahaha..kelakar la dieorg..time kene dialog smbl sedut gas helin tuh kelakar..ahaha
ReplyDeletemelting dgn suara ellll...