Followers MamaTisya

Tuesday, December 30, 2014

Majlis Pelancaran Blog O'Rama Kolum Khas utk Penulis Blog dlm Majalah LIBUR bermula Januari 2015



bertempat di Starbucks Kota Kemuning pd 20 dis yg lalu
telah diadakan Majlis Pelancaran Blog O'Rama Kolum Khas
 utk penulis blog dlm Majalah LIBUR
lebih kurang 20 blogger yg berpeluang ke majlis perlancaran ini 


Majalah LIBUR keluaran Januari 2015, aku dpt dlu dr uolsss
so sila dptkn di kedai2 berdekatan anda utk info lebih lanjut tentang Blog O’Rama




Blog O’Rama merupakan kolum khas untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam menyediakan informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta platfom penulisan blog yang berasaskan 'Pelancongan & Gaya Hidup’

Bermula Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih dua blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog O’Rama pilihan Majalah LIBUR. Pengisian sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi review blog-blog yang menarik, artikel percutian yang disumbangkan blogger dan temubual bersama blogger. 

Objektif Blog O’Rama adalah sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara formal. Bukan sahaja mengetengahkan blogger-blogger ‘otai’ dan juga bakat-bakat baru, mereka yang terpilih dalam Blog O’Rama LIBUR juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR

Mereka yang terpilih juga berpeluang untuk berkongsi artikel-artikel yang menarik di dalam Majalah LIBUR, menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR bersama blogger seperti bengkel fotografi dan penulisan. 

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada Blog O’Rama pilihan LIBUR, hantarkan penyertaan dan pautan blog anda kepada ahmad.syahir@karangkraf.com






jom layan gmbr2 sekitar Majlis Pelancaran Blog O'Rama


gmbr dr Bro Framestone ..adakah blogger anti social ???
tidak sama skali......kami bz update live event:)


hah ni buktinya blogger2 bkn anti social...
so kita beramah mesra sementara tgu majlis start



goodiesbag utk bloggers & adiah lucky draw..siapakah yg bertuah itu????


menu kami di taja oleh Starbucks...mcm2 ada..muffin, tiramisu, cheesecake,
 sandwich, donut & ice caffe latte ...byk kali gk dok ulang amik air:-p


pengacara majlis aritu adalah Radin @ Pemenang Penyampai Top Malaysia
now die dh bertugas di radio Era.fm
mmg petah btul..mcm2 soklan ditanya dan byk jugak mengena kn org kn :-p


ucapan dr editor Majalah LIBUR , En Meor Mohd Khairi
yg lg tk sangka Meor ni schoolmate aku
time aku smp nk register..eh mcm kenal kn...kecik je dunia :)


ucapan dr Mr Jocko, travel blogger yg aktif dan 
byk berkongsi artikel dlm Majalah LIBUR


selesai ucapan, majlis diteruskan dgn penyampaian goodiesbag utk bloggers yg hadir


gmbr dr mohd zarin...sama plak gaya gelak tutup mulut :)
selain dr tu ada game & kuiz utk menang adiah
time ni aku join game...kena sebut Blog O’Rama smp abis nafas
sape yg paling lama akan menang
dh la br lps mkn kn..nk sebut paling lama tu mmg semput..haha
so deqnor yg menang tp yg kalah pn dpt adiah gk
adiahnya 2 keping voucher Starbucks



sambil tgu lucky draw..sembang2..mkn2 lg


oh nama ku di panggil..antara yg bertuah utk dpt lucky draw
adiahnya Norton Anti Virus....tq mohd zarin utk gmbr ni


ni la pemenang grand prize lucky draw ..tahniah Faez Ramly
adiahnya khemah bernilai rm 1500..bole pasang dlm masa seminit katanya


posing dgn team Majalah LIBUR
pastu selfie skali ngan blogger ienaeliena


posing skit ngan Radin @ Pemenang Penyampai Top Malaysia


gmbr beramai2 dgn smua bloggers yg hadir...gmbr dr mohd zarin


ok jom blk ngan mcm2 adiah...tq Majalah LIBUR :)


ni la antara brg2 yg ada dlm goodiesbag
tshirt, sleepingbag, voucher starbuck, frame 

*kemenangan ke-32 utk 2014


makanan ada byk lebih , so bole tapau bw blk :)


so utk bloggers2 yg suka travel, share tmpt mkn menarik 
bole la cuba hantar penyertaan anda spt aku mention kt ats tu..
mana tau blog uolsss akan dipilih utk keluaran Majalah LIBUR yg akan dtg

7 comments:

nor nazliana said...

bestnyerr nk try la tp kena tukar niche blog dulu lah kot yer hihii

mummy_ayu said...

wah..meriahnya. leh kenal geng blogger baru bila gather2 mcm nie..kan?

syawalsimpsons said...

wahh macam2 tau....dapat...bestnya

Zuraida Rahim said...

Bestnya dapat join event macam ni...

Ann Ishak said...

tahniah

Mama Zharfan said...

beshnya!!

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Bestnya akak..tahniah!!! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...