Followers MamaTisya

Tuesday, December 30, 2014

Tips utk mangsa banjir selamatkan barang2 elektrik


smlm tgk kt berita ..certain tmpt air dh surut tp sian sebab byk harta benda musnah kn..so diorang nk kena mencuci apa2 yg patut...ada brg yg perlu di buang..ada juga umah yg hanyut..tkde tmpt tinggal..dugaan utk mereka...smoga mereka smua tabah hadapi ujian ini




ada kwn2 share tips utk slamatkan brg2 elektrik time banjir ni kt whatsapp...so sama2 la kita kongsi..mana tau dpt membantu mangsa2 banjir kn....

aku pn pernah kena gk tp bkn banjir la..time tu ujan lebat kt KL smp bocor dlm bilik...abis smua basah termasuk la laptop aku dh masuk air...so biarkn kering laptop tu  pastu baru ON...alhamdulillah bole pakai lg laptop tu...


Nasihat Kpd Mangsa Banjir

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005. Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

4.JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

5. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

6. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

7. Pasangkan balik back cover atau penutup.

8. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.
Mudah2an kita membantu ......


ni time air naik aritu


ni dpt gmbr dr cousin hubby smlm, air dh surut so diorang tgh cuci
insya allah hubbyku & cousin2 kt KL diorang akn blk klate utk tlg apa2 yg ptt

2 comments:

  1. tips tu nampak baguih la kakak...insyallah tu salah satu dapat membantu dorang yg menjadi mangsa banjir ni....moga dorang tabah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...