Followers MamaTisya

Tuesday, August 23, 2016

Jom nikmati Merdeka Hi-Tea @Grand Bluewave Hotel, Shah Alam



Salam uolsss...tak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59 tahun
apa kata jika anda bawa keluarga atau rakan-rakan ke Grand Bluewave Hotel, Shah Alam
untuk menikmati Merdeka Hi-Tea istimewa hanya pada 31 Ogos 2016 nanti


Pelbagai menu lazat pilihan dari Laksa Johor, Puyuh Goreng Berempah, Udang Goreng Mentega, Assam Pedas Ekor Lembu, Daging Masak Hitam Pulau Pinang, Chinatown Yong Tau Foo, Penang Char Kuey Teow dan tk lupa juga terdapat pilihan Dim Sum.


Aneka pilihan makanan jepun dan pembuka selera seperti salad segar, salmon, ayam panggang. Turut disediakan Pea Soup Green dan Szechuan Sup dihidangkan dengan pelbagai roti.


Akhir sekali, menikmati pelbagai pencuci mulut lazat Cream Caramel, Fruit Jelly, Keju Tart, Cream Brulee, Hot Vanilla Pudding, Bubur Cha Cha, Caramel Pop Corn dan banyak lagi. 


antara chef yg menyediakan sajian hidangan untuk Merdeka Hi-Tea




Harga bermula dari RM68.00 + untuk dewasa, 
RM45.00 + untuk warga emas dan RM35.00 + untuk kanak-kanak. 

Istimewa hanya pada 31 Ogos 2016, bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang di Restoran Royale Songket

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi  03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. 
Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST



Restoran Royale Songket merupakan restoran utama yang terletak di tingkat bawah, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan tradisional dan tempatan serta hidangan gaya Barat. Hiasan yang diilhamkan oleh unsur sentuhan Malaysia dalam suasana kontemporari, restoran ini mampu menampung seramai 150 pengunjung pada satu-satu masa. Ia juga telah memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM. Beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, setiap hari .


4 comments:

Falsya said...

adehhh...scroll lelaju sbb tgh lapau..huhuhu

Nad MamaZN said...

makkk aih sgt menyelerakan!

PinKy MoMMa said...

amboi tembikai dia tetap ada smangat kemerdekaan hihi..

Aju Mohit said...

wow weee sedapnya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...