Followers MamaTisya

Friday, February 23, 2018

All You Can Eat ~ Teppanyaki, Teriyaki & Sushi @Agehan Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Korang pencinta makanan jepun tak???ni nk inform utk peminat makanan jepun 
moh kita kita ke Agehan Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam  
kt sana ada promo All You Can Eat ~ Teppanyaki, Teriyaki & Sushi 


Bagi promosi ini, Agehan Japanese Restaurant menawarkan Pemilihan Sushi yang menarik, Pemilihan Temaki, Pemilihan Mi, Pilihan Teriyaki, Pemilihan Makimono dan Pemilihan Teppayaki.


Untuk promosi ini, Agehan Japanese Restaurant menawarkan pemilihan Sushi yang menarik seperti Tobikko Sushi, Chuka Kurage Sushi, Tako Sushi, Salmon Sushi, Tuna Sushi, Chuka Idako Sushi dan White Tuna Sushi


Untuk pilihan Temaki pula seperti California Temaki, Ebi Temaki, Tuna Temaki dan Salmon Temaki

Bagi pilihan Mi pula seperti Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon dan Zaru Udon.

Pilihan Teriyaki pula seperti Tori Teriyaki dan Saba Teriyaki. 


Selain itu, terdapat juga pemilihan Makimono iaitu Futo Maki, Tuna Mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki, dan Kani Sushi.


Terakhir ialah pemilihan Teppayaki seperti Beef, Squid, Chicken Sausage, Chicken Thigh, and Vegetable.


Restaurant Agehan Japanese terletak di tingkat 1A , Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan Jepun. Restoran ini telah mendapat pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009 .  Turut disediakan ruang makan yg besar untuk anda dan keluarga besar anda yang ingin menikmati hidangan masakan jepun di sini.





Selain itu turut disediakan juga pelbagai Pencuci Mulut dan Kek bersama minuman seperti teh hijau (panas / sejuk), kopi dan teh serta kordial.



Untuk promosi All You Can Eat ~ Teppanyaki, Teriyaki & Sushi, harga RM 78.00nett untuk dewasa dan RM 45.00nett untuk kanak-kanak (4-11 tahun). 

Promosi ini  hanya untuk Makan Malam setiap Jumaat dan Sabtu bermula 6.30 petang sehingga 10:30 malam yang disediakan oleh Chef Christopher Leong, Japanese Sous Chef. 

Dicadangkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu melalui talian 03-55118811 ext 2723/2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST. 

9 comments:

  1. wah sedapnya..
    iena suka teppayanki :)

    ReplyDelete
  2. dapnyaa.. dulu busyra kurang sikit sushi. tp skrng tekak dh boleh terima sikit. hehe

    ReplyDelete
  3. Jom repeat kak. Nak makan sushi je nanti. Udon pun nak juga.

    ReplyDelete
  4. Banyak sungguh pilihan makanan Japan di Grand blue wave 😍

    Semua nampak mengiurkan!

    ReplyDelete
  5. belakang ofis aju ni j amy, belum pernah try sini lagi

    ReplyDelete
  6. Tengok org makan macam sedap tapi sy tak makan makanan jepun

    ReplyDelete
  7. Aduh..sedappnya. Banyak pulak tu pilihan.

    ReplyDelete
  8. Kali kedua Kak Sue makan makanan Jepun terus jatuh suka dah. Kalau tak, tak pandai makan makanan Jepun nie.. ehehe..

    ReplyDelete
  9. Woohoo lazatnye.. malangnya Dalam family mama xde geng boleh makan sushi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...