Followers MamaTisya

Tuesday, January 23, 2018

Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu 2018 @Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam



Tak lama lagi Tahun Baru Cina akan di sambut oleh masyarakat Cina, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menyediakan promosi istimewa sempena menyambut ketibaan Tahun Baru Cina 2018 yang merupakan tahun Anjing dengan memperkenalkan Halal Lo Hei Poon Choy yang merupakan hidangan tradisional Cina, pihak hotel menawarkan  dua pakej iaitu:-

  • Set A berharga RM 1,288.00 nett 
  • Set B berharga RM 988.00 nett


 Halal Lo Hei Poon Choy boleh juga korang take away..
 RM680.00 nett (Termasuk Pot Stainless Steel)


Halal Auspicious Yee Sang adalah menu yang selalu ada semasa Tahun Baru Cina. Terdapat 4 pilihan mewah terdiri daripada Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Tuna Fish dan Vegetable Yee Sang.  Harga bermula dari serendah RM43.00 + sehingga RM360.00 +. Sesuai dinikmati untuk sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap pesanan.



Yee Sang ni memang menu wajib setiap kali perayaan CNY....kira mcm pembuka selera



Terdapat juga Golden Prosperity CNY Set Menu untuk dinikmati bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Bermula dengan harga RM 988.00 nett (Menu 1), RM 1388.00 nett (Menu 2) dan RM 1888.00 nett (Menu 3). Menu set disediakan untuk 10 orang bagi satu meja dengan tempahan awal.


Semua hidangan ini disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick bermula dari 5 Jan 2018 hingga 4 Mac 2018. Semua masakan ini akan dihidangkan setiap hari untuk makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Tung Yuen Chinese Restaurant, Tingkat 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam.




Restaurant Tung Yuen terletak di tingkat 1 , Grand BlueWave Hotel Shah Alam.Restoran ini telah mendapat pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009 . 

Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di 03-5511 8811 ext. 2616 / 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST.

8 comments:

  1. Mak ai..seram tengok harganya hihi.....main riban riban
    Mana mana Hotel pun rasanya tengah sebok mempromosikan Yee Sang mereka kan

    ReplyDelete
  2. dekat ngan opis aje ni..nanti nak pergi tengok ler apa ada hihihi

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan juga harga set a dan b tu ye...tp kalau sempena perayaan harga tu kira murah sebenarnya ikut sekepala satu table kan...menarik la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...