Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang
tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set
hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis
atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap
dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.
Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar,
tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih
penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.
Penerima akan dapat menikmati
pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan
mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik,
teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan
perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.
Menyedari penghargaan yang diberikan
terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang
disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan -
sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari
penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan
bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah
dibawa di dalam beg tangan.
ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.
ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My
Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh
kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu
wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian
floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan
bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman
suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah
sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel
dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.
Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama
Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT
Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi
Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah
ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie
adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona
terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis
idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang
sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa
istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons
sahaja.
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta
losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit
dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini
meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca,
ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit
agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.
Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis
melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan
memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas
hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa
tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna
yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh
negara.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz
15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya
hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.
Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan
mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan
haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia
terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh
negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan
set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle
Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini
bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap
detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan
kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di
seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.
Harga Set Hadiah ENCHANTEUR bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak seperti berikut:
Harga Set Hadiah ENCHANTEUR bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak seperti berikut:
- ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS berharga RM34.90
- ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50
- ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS berharga RM34.90
Jangan lupa dapatkan Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan ini untuk yang tersayang.
Wangian yang harum memikat.. Set gift ini kalau diberi sebagai hadiah memang best..
ReplyDeleteComel kan Amy set nie, sesuai nak bagi hadiah kat sapa-sapa kan..
ReplyDeleteAlahai kak amy. Comel je packaging dia tu. Sesuai nak jadikan hadiah.
ReplyDeletebau dia best..cikyan pon suka !
ReplyDeleteCantik set ni. Leh bagi present jugak...
ReplyDelete