Followers MamaTisya

Monday, December 21, 2015

Olay Total Effects 7-in-1 Anti-Ageing Day Cream



Olay Total Effects 7-in-1 Anti-Ageing Day Cream menawarkan penyelesaian kepada tanda-tanda penuaan berikutan peningkatan tekanan dalam dunia hari ini - kurang tidur, meningkatkan penggunaan gula & peningkatan pencemaran . 

Pelembap muka harian yang menyediakan 7 manfaat anti penuaan dalam 1 formula untuk kulit kelihatan lebih muda yang kelihatan lebih berdaya tahan kepada penuaan, melembapkan untuk menegangkan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan halus ditambah dengan SPF 15 untuk membantu melindungi daripada pendedahan cahaya matahari. Elakkan sentuhan dengan mata.




Kelebihan Olay Total Effects 7-in-1 Anti-Ageing Day Cream

  • Ia telah dirumus khas untuk membantu untuk melawan 7 tanda-tanda penuaan
  • Memberikan kulit kelihatan lebih muda
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam
  • Memberi wajah muka kelihatan berseri & kulit bercahaya
  • Mengurangkan garis-garis & kedutan
  • Memberikan kulit yang lembut & licin
  • Mengurangkan saiz pori-pori
  • Diperkayakan dengan SPF 15 yang menghalang kulit anda daripada kesan berbahaya penuaan. Ini adalah sesuai khususnya untuk gaya hidup yang sibuk yang memerlukan anda untuk menghabiskan masa di luar di bawah matahari





Cara menggunakannya : Picit sedikit dan sapukan ke muka dan leher dua kali sehari. Selepas memakai krim, kulit muka terasa anjal, berseri dan kelihatan bercahaya. Walaupun berada di luar rumah dengan keadaan cuaca yang panas dan akan berpeluh tetapi kulit muka masih maintain dan tak perlu risau kerana anda akan sentiasa kelihatan berseri dan cantik J





Saya bukan jenis suka bermakeup, pergi kerja hanya pakai bedak compact dan sedikit gincu. . Bukan semua produk sesuai dengan kulit saya , kerana sesetengah produk akan membuatkan kulit muka dipenuhi jerawat jika tidak sesuai cara penggunaan krim tersebut, itu yang akan menghantui si pemakainya tetapi setelah mencuba Olay Total Effect 7,  saya nampak kelainan pada kulit muka saya iaitu tidak kering lagi, kulit lembab dan bersinar. Tidak perlu memakai bedak, hanya sapu krim ini sahaja. Kemudian saya cuma calitkan sedikit gincu.


Harga yang berpatutan, mudah untuk digunakan dan di bawa ke mana-mana dan yang paling penting ialah ia sesuai digunakan pada kulit saya. Boleh dibeli di Watsons dan Guardian yang tengah mengadakan promosi sepanjang bulan Disember ini.

7 comments:

  1. kite pengguna tegar oil of olay..sejak dari remaja2 lagi..tp skang nie dh pregnant mcm malas nak tepek ape2 lagi dh..hehehe..pas pantang nnt baru nak start balik..

    ReplyDelete
  2. Patutlah muka MT cantik jer..
    Ini rahsianya .. cantik berseri

    ReplyDelete
  3. Dah lama tggl produk ni..sbb kurang muhasabah..tp bila tgk yg anti kedut ni mcm nk cubala

    ReplyDelete
  4. wah, nmpk glowing lah mama tisya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...