aku rasa rmi je dk layan drama best ni ‘Love You Mr. Arrogant’
aku pn layan gk..lawak bila tgk Zaara & Irham tu..jp gado jp baik
tp tk suka tul kegedikkan Sherry pastu makmertua pn sombong gk
lg sorg opismate Zaara si Faisal yg saiko tu
Sinopsis: Mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu,Irham sedang buntu memikirkan cadangan emaknya, Puan Sri Maryam (Norish Karman) yang ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.
Beberapa hari mengenali Zaara , Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.
Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.
Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham.
Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.
Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaara dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.
Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya.
Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.
Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry.Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan menurut hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?
citer ni adaptasi dr novel gk...opismates aku ada novelnya..so aku pinjam la nk bc
nk tgk sama ke tk endingnya...stakat ni tk missed lg episod dr awal
so kalo korang yg terlepas episod sebelum ni bole tgk online kt link
mak saya cukup suke ngan cter ni kakak...saya pon ok gak..layan la gak
ReplyDeleteMESTI LA TENGOKKKKK !!! kikikii......wpon kdg2 mencilokk jugak sbb xdan nak tgk
ReplyDeleteof coz layan..cita dr novel ka...semua pun best!!
ReplyDeleteaku rekod jer....malam skt baru layan..
Hai MamaTisya! Salam kenal dari Mieza.. 1st time singgah sini, jalan2 cari kenalan baru.. Mieza tak layan sangat citer ni.. Sebab dah termiss2, huhu.. Kena cari novel nampak gaya..
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
el pun suka tgk cite ni
ReplyDeletesuka tgk gelagat zara ngan irham
dr dok marah2 tp ada sweet hehe
sat laginak tengok la kat tonton.. dah lama tak layan citer komedi romantik ni. hehehe
ReplyDeletesy pun ikut citer ni
ReplyDeletesuka tengok citer nie....klu termiss tengok mesti esok cepat2 tengok kat tonton...hehehe
ReplyDeletejarang2 tgk tp citer dia cam best
ReplyDelete