Followers MamaTisya

Wednesday, November 9, 2011

TENTANG DHIA


sejak slot akasia start kul 7pm-8pm ni aku dh jrg layan...
tp arini kena tgk drama yg di tgu2- TENTANG DHIA
cz pelakonnye Mr Hot ADI PUTRA:)..
b4 ni tksilap aku tajuknye Zikir buat Dhia
tp dh tukar jd TENTANG DHIA


Sinopsis TENTANG DHIA:

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia ( Nora Dhanish ) , yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya . Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly ( Izreen Azminda ) , yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai . Raffi ( Irfan Roslan ) dan Azmi ( Ako Mustapha ) , dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang .Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa , Azmi adalah seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati . Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi , walaupun Raffi , jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil. Tergamam apabilan melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan & kekecewaan. Namun hatinya ikhlas mencintai Dhia , lalu Raffi mengambil keputusan reda dengan apa yang berlaku.Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi & menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi "jerat" yang dipasang Melly memakan dirinya sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan & terdesak, Melly mengenakan Azmi .Azmi & Melly ditangkap basah penduduk kampung & ditahan di lokap polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi & majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang, Namun, majlis mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan dari Azmi . Mereka mahukan Azmi bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji & ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi & Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shila) yang juga pekerja firma milik beliau.Malang tidak berbau,Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang & ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia . Mata mereka bertentang, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia .


Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi & apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? sama2 la kita tonton ptg nanti....ada 26 episod.... :)






tk sbr nk tgk lakonan ADI PUTTRA dengan Nora Danish...
tp rsnye part ADI PUTRA lambat lg muncul...hehehehe :)

**bc kt FB...ADI PUTTRA muncul dlm episod 4 nanti..oh lmbt nye...:-p
.

11 comments:

  1. walau lambat..tetap nak tengok jugak...best tu jalan citer..patut akak la pengarah cite ni..kikikiki..

    ReplyDelete
  2. panjang beno nak jumpa pitching point dlm citer nih..
    aku ingat mmg zikir tu dari mula watak utama..rupa2nya ade cameo appearance la jugak..
    ai ai ai...
    klu nak diikutkan...
    aku prefer lagi klu adi berlakon dgn cat kot?
    dulu ade drama lawak kat tv3 before cat pakai tudung..
    lawak nak mampus gile
    tapi layan jugak adi dlm citer suria di cordova
    tu mmg syiok
    ade fahrin ahmad sekali.
    ngeh ngeh ngeh
    eventhou aku tak suke drama melayu sgt

    ReplyDelete
  3. macam best jer jalan cerita die..
    pasti nak tgk nie..
    walaupon selalunya time tue tgh sibuk masak kat dapur..
    huu

    ReplyDelete
  4. haihhhh...luruh jantung tgk die ni..nk lyn la ptg ni..ekekek..tp die xde..cmno ni..

    ReplyDelete
  5. wah222 panjang lebar nmpknya - harus d lihat nnti

    ReplyDelete
  6. alamak, dah terlepas episod satu...ptg ni kena tgk ni. dah lama tak layan slot akasia...

    ReplyDelete
  7. tak sempat tgk...
    mmg suka tgk drama melayu lately neiH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...