Followers MamaTisya

Wednesday, August 14, 2013

Telemovie Raya : Ijab & Qabul mlm ni 9PM @TV3


Sinopsis:  

Perkahwinan adalah ikatan penyatuan dua hati yang berlandaskan cinta. Cinta yang dibina pula akan lebih utuh dengan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang.Namun tidak semua wanita di dunia ini bertuah dan bernasib baik untuk bergelar seorang ibu. Itulah yang dialami Zarra, lakonan Nora Danish yang tidak berpeluang melahirkan anak daripada rahimnya sendiri.

Justeru, kekurangan Zarra itu membuatkan suaminya, Imran (Adi Putra) berada dalam dilema kerana sering didesak ibu bapanya yang terlalu inginkan kehadiran seorang cucu. Kemelut rumah tangga yang berlaku di antara Imran dan Zarra gara-gara ketiadaan zuriat membuatkan hubungan kasih sayang mereka teruji dan masing-masing akhirnya berjauh hati.

Oleh itu, kerenggangan hubungan suami isteri ini secara tidak langsung membolehkan Wawa (Fouziah) muncul dalam kehidupan Imran dan seterusnya menjadi ‘orang ketiga’. Akibat desakan keluarga, Wawa yang juga rakan baik kepada Zarra bijak memainkan peranannya dan menjadi pendengar setia pada masalah dihadapi Imran disebabkan ketiadaan zuriat. 

Bahkan, Imran dan Zarra juga hampir berpisah kerana sudah tidak sehaluan.Bagaimanapun, pada suatu hari Zarra terbabit dalam kemala­ngan dan koma. Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan Zarra dan Imran? Apa pula nasib Wawa? 

Semua jawapan pada kemelut permasalahan kekeluargaan dan percintaan tiga segi ini dapat disaksikan penonton menerusi telefilem Ijab Qabul hanya pada Aidilfitri nanti.


aritu tgk kt fb katanye 18 ogos..tp tgk kt tv3 katanye mlmni..so peminat Adi Putra & Nora Danish , jgn lupa mlmni...cite ni lebihkurang mcm filem Aku Terima Nikahnya cuma dlm telemovie ni yg accident  nora danish..yg dlm filem tu adi putra yg accident...

11 ogos aritu sempat gk tgk drama lakonan Adi Putra : Siapa Aku Di Hatimu kt TV1

4 comments:

Chekgu Azrine said...

Wahhh..wajib tgok ni!

watyz said...

x tgk pon. nanti tgk online ade x???

MRS. K said...

sinopsis ni tak sama dengan jalan cite smlm.. huhuhu

watyz said...

br nak layan online... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...