Followers MamaTisya

Friday, December 28, 2012

Gambar Pernikahan Khairul Fahmi & Leuniey


 gmbr2 ni  dr FB MIG online




artikel dr mstar.com.my
Khairul Fahmi & Leuniey Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

 Pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu lagi.

KOTA BARU: Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.
"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.

Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.

"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.

Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.
Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.
Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.


 
Apek dan leuniey kini sah menjadi suami isteri. 


12 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. muda lagi kan pasangan ni. hihi alhamdullilah. Baraka Allahu Lakuma buat pasangan
Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat

syawalsimpsons said...

alahi cantik la baju tu

Myra Jay said...

Tahniah buat mereka berdua

SyaNa said...

tahniah kt dorg
harap lepas ni kerjaya apek naik balikkk

[-suziey-] said...

amboih ko pantas aje update pasal apeks..peminat setia la ni..hehe.

**oooo byk lagi ek..kt FB aku nmpk ko load tp xtgk 1 by 1..tgk skali lalu je cenggitu..nnt aku telek balik..hehe

Rozita said...

slmt pengantin baru. yg penting kekal kan keharmonian rumahtangga korang smpi ke anak cucu cicit..

Dee said...

tahniah..moga berkekalan jodohnya dan bahagia selamanya..

mama_umar_maryam said...

ni mesti taktik naik UV nih,hahaha,aku br nk bc cite legoland ko ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

pengantin comey

TechKini.com said...

sama cocok. harapnya kekal sepanjang hayat, jangan kawin cerai.

Tech Kini

Sharinginfoz said...

settle dah semuanya

Steffany Daph said...

mereka nampak sngt sweet :D wish them happy lasitng foever. kak, dah terima email tu. dont wory, nanti update yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...