Followers MamaTisya

Friday, December 14, 2012

Tips sebelum pegi Legoland


tq pd kwn2 yg sudi share info psl LEGOLAND kt entry SINI
aku pn ada google gk tips2 b4 p LEGOLAND MALAYSIA
ye la tmpt baru lg kn.... so kena la bc review kn


ni nk share yg aku ada bc kt FB Mie LonG
aku copy & paste sini ye..

Tips untuk nak pergi ke Legoland: Edited Version

Pasai ramai dok tanya aku review Legoland mcmana, so kat sini aku nak bagi review peribadi yang mewakili perasaan halus diriku dan juga isteri:

1. Target market Legoland khusus untuk Keluarga yang ada anak-anak. Jangan compare dgn USS (Universal Studio Singapore) sebab target market mereka lain. So game dalam Legoland tu sendiri byk untuk family yang ada anak ghamai. Untuk kami 2 orang ni ada 5-6 game sahaja yang boleh masuk dan kena dengan gaya kehenseman dan kejelitaan. Nak main game budak pun boleh gak tapi takut kena peluku ngan staff kat situ la.

2. Game untuk kanak2 memang banyak. Samaada larat atau tak ja. Kebanyakan game adalah untuk membina dan menguji otak kanak2 sebagai contoh buat robot, game driving school dan byk lagi.

 3. Kemudahan tandas dan surau mencukupi. Cuma kena pilih toilet yang ada bidet (beat it-maikel jeksen) la. Agak hampa jugak sebab theme park kat Malaysia pun mcm lebih kurang kat USS. So... kalau pelaburan anda dah matang dan waktu tu juga toilet yang ada paip ni digunakan... bersedialah untuk beristinjak. Toilet memang bersih dan berekon. Ada taim skali aku masuk tu hamlau melabur perghhhh bau dia agak sesak nafas jugak la. Ekon beb

 4. Semua game menarik dan aku berpesan jgn cuba nak compare dengan USS sbb hmmm...... ya menarik untuk kanak2.

 5. Harga tiket agak berbaloi kalau banding dengan USS. Tu pun aku beli waktu MATTA Fair. Murah gilos. Dapat rega RM94.00 dari RM140.00

 Tips untuk anda sekelian kalau nak pergi dan bila dah sampai ke Legoland:

 A. Beli tiket dulu. Kalau nak beli waktu sampai maka anda akan mula memaki orang yg terhegeh2 waktu beli tiket kat depan kaunter. Kengkadang ambik masa sampai 10 minit sebab dok tanya itu ini. Better beli online ada diskaun 25%. Print dan terus ja beratur.

 B. Cuba sampai awal kat sana. Sajes sampai jam 9am at least. Aku pun sampai masa yang sama dan terus beratur. Kalau bukan waktu cuti sekolah tak payahla nak tebiang pi awai-awai. Ni waktu pablik holiday n cuti sekolah. Masa aku pergi hari tu dia bukak jam 9:45am.

 C. Yang bawak anak2 kecil digalakkan bawak stroller sendiri. Kalau ada 5 orang anak kecik bawak jugak stroller 5-5 bijik. Bawak la bibik untuk tolak. Kawasan dia agak luas. Kalau tak anak anda akan merengek sebab dah penat jalan. Di Legoland pun ada sewa stroller. Tapi harga sewa dia mungkin akan mendidihkan perasaan pada waktu tu.

D. Bawak air mineral cukup cukup. Tapi kena sembunyi sket. Sebab skrg mgmt masih pejam mata kalau bwk air mineral. Sebab anda akan berjalan banyak. Tahap kehausan tu seolah berada di Nairobi. Dalam kafe pun ada jugak jual mineral rega RM2.50 untuk botoi kecik. Botoi besaq tak juai. Cuma jangan bawak air dlm tong yang 5 liter 3-4 bijik. Kalau aku jadi tokey situ pun aku halau.

E. Kalau nak main game. Yang bawak family anak ramai digallakn pergi ke sebelah kanan dulu. Sebab situ byk game kanak2. Yg couple2 ni pi la sebelah kiri dulu. Situ byk game dewasa.

 F. Nak makan tengahari aku nak bagi tips yg memang member aku kat Legoland pasti akan marah. Keluarlah dari Legoland tu dan makan kat kedai2 depan pintu masuk tu. Harga lebih murah dan sedap. Dia akan cop tangan mcm keluar Hard Rock Cafe tu then boleh masuk balik. Main lagi sampai letih.

 G. Tips nak ambil gambar miniature kt tgh2 park tu. Ambik waktu pagi atau petang sket. Tmpat tu panaih nak mam..... kulit anda yang gebu pasti terbakar kalau tak kena gaya. Panaih lit2. Serious... panaih dia len mcm sket. Ala2 ostrolia atau nairobi.

H. Sediakan payung sebelum hujan. Bawak payung seniri atau beli rain coat bodo di 7-11. Mana tau taim tu hujan. Aku waktu petang jam 3 lebih dah hujan yang maha lebat. Nak beli sana pun boleh tapi rega RM12 rasanya. Tapi mcm tak berbaloi ja. Ada la lambang legoland kat belakang. Aku dah stenbai bwk rain coat USS dulu. Maklumla bini aku suka simpan benda2 yg mahal walau dulu kt singapore aku dah suruh buang. Mujurlah ada. Lagi satu sebab ada game yang akan basah. So standby ja. Ada jugak alat pengering badan lepas main game tu. NAk kering kena bayar RM5.00

I. Parking. Ada beribu parking kat situ. My sajestion parking kat sebelah kanan Legoland tu. Masuk ja pas ronbot ambik jam 3. Bukan sebab dekat atau tak tapi sebab ada bumbung untuk pejalan kaki. Kalau taim hujan pikiaq la tengok.

J. Last bila balik maka kenala beli merchandise kat kedai situ. Ekceli waktu aku pi tu banyak barang dah habih sebab maybe ada jutawan mana ntah dah borong byk merchandise. Harga kat kedai ni agak menyeramkan juga. Tambah lagi game lego yang memang diimport derek kecuali baju tempahan local. Err... game dia tu harga tak leh hengat punya. Bayangkan lego starwars pun beratus-ratus. Yang kecik pun puluhan reganya. Kalau anak 5 orang yang kecik dan anda memang sayangkan anak punya kaki saya berani jamin RM500 terkopak. Macam2 drama dalam kedai ni aku tengok. Yang anak qiyau dah pegang mcm tak mau lepas pun ada, hat meraung2 sebab ayah tak bagi beli. Siap jatuh buat2 nak pengsan pun ada. Kesabaran ibu bapa dalam hal ni memang akan teruji. Semua pasai harga la. Payung pun RM35.00. Aku ni pun beli baju 2 lai, 1 fridge magnet ngan keychain. Rega RM248.00 dan dengan bangganya aku menggunakan pengaruh kawan se-UiTM dulu yg jadi manager sales kt Legoland untuk mendapatkan 25% diskon. Merungut la ko Wan SB Wan Nawi oii kena menapak jauh dr main office ke kedai tu hahahah sampai pecah peluh.....Anyway tengkiu bro... Last2 aku beli lego kat SHELL hahaha RM12.90 ja

 Itu saja reveiew gue. Thank lagi sekali kepada Wan Kenit bomoh toyol yang entertain aku tempohari. Aku yakin lepas ni byk la member se-UiTM dulu akan kontek ko nanti. Yang tak kenai pun akan buat2 kenai. Ciaouu....



so tgu aku review pengalaman aku plak nanti...kalo korang google pn byk gk tips2 yg org share...

11 comments:

  1. nak tunggu amy punye review pulak

    ReplyDelete
  2. hahaha!!! review yang menarik dan seimbang. bagus. seronok baca!

    ReplyDelete
  3. tips yg sangat lengkap... thanks :)

    ReplyDelete
  4. best gile bace tips Mie nih tegelak2 aku,hahaha

    ReplyDelete
  5. owwh,baru tahu boleh keluar n masuk balik..thanks for the tips...

    P.s : Minta bantuan untuk klik G+ entri ini iPhone 5 Gadget Impian

    ReplyDelete
  6. hihihihi...suka baca review nih (: fuhh...macam me pula x sbar nak pi legoland. pastu, nak wat review sendri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...